top of page

Undi calon KEADILAN, kalau baja naik dia 'bawa' baja dalam DUN



Pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak digesa memenangkan calon KEADILAN untuk memperbanyakkan ADUN bukan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).


Gesaan itu disuarakan oleh Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam ceramah terakhir membantu calon Christo Anak Micheal di DUN Tarat, malam tadi.


Katanya, calon KEADILAN akan membawa isu harga baja, racun yang melambung tinggi sehingga menyukarkan petani ke dalam sidang DUN.


"18 Disember ini kita mahu hantar dia (Christo) ke DUN. Kalau harga racun naik dia bawa racun dalam dewan. Kalau baja naik dia bawa baja dalam dewan," katanya disambut tepukan hadirin di Kampung Rayang.


Shamsul mengajak pengundi berfikir perlukah kerajaan GPS dikekalkan selepas 58 tahun memerintah tetapi pembangunan yang dibawa mereka amat kecil.


Kalau dahulu, katanya, bergabung bersama BN. Itu pun tidak maju, apatah lagi kini hanya tinggal GPS sahaja.


"Sudah 58 tahun, bukan 5, 10, 20 tahun, 58 tahun. Ini menunjukkan mereka kerajaan gagal. Kalau dulu dacing senget, habis. Sekarang tengok betul betul, itik serati (logo GPS).


"Kalau itik serati lagi lambat. Sebab itu mereka guna macam macam taktik, bagi wang dan sebagainya. Kita ingin beritahu orang Kampung Rayang, ini kalilah, kita mesti bangkit," katanya.


Calon DUN Tarat, Christo meminta penduduk Kg Rayang lakukan perubahan

Sementara itu, calon KEADILAN DUN Tarat, Christo Anak Micheal pula berkata, pengundi harus berubah dengan melakukan perubahan di DUN Tarat terlebih dahulu sebelum menjatuhkan GPS di peringkat negeri.


"(Kelemahan pemerintahan) hanya dapat ubah bila kita dapat ubah Kerajaan Negeri. Sebab itu saya kata tadi jangan bercakap pasal ubah Kerajaan Negeri sebab melibatkan DUN lain juga. Tetapi kita tengok dulu (fokus), kita buat dulu di tempat kita," katanya.


Beliau turut menyindir akses internet di DUN Tarat yang buruk sehingga mahu menghantar lokasi kepada Shamsul untuk berceramah malam itu pun sangat sukar.


"Saya datang sini nak hantar lokasi kepada YB Shamsul berpusing pusing (roaming) tak sampai, tak tahu macam mana (internet begitu lemah)," sinisnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page