top of page

Undi belah bahagian: PN berkecamuk, tiada strategi kalahkan Kerajaan



Undi belah bahagian yang diminta oleh Perikatan Nasional (PN) dalam sidang Dewan Rakyat semalam bukan sahaja memalukan pembangkang tetapi juga menunjukkan mereka kabur serta tiada strategi untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang menyertai sidang petang semalam, pembangkang tidak seharusnya meminta undi belah bahagi di bawah aturan mesyuarat 12(1) kerana usul yang dikemukakan Kerajaan bukanlah luar biasa yang perlu diundi belah bahagian dan menggugat kerajaan sekiranya kalah.


Kata Hassan, usul Kerajaan hanyalah untuk meminta Dewan Rakyat bersidang sehingga dua Rang Undang Undang dari Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang dibentangkan oleh Menteri Nik Nazmi Nik Ahmad selesai diluluskan, dan kemudian sidang Dewan Rakyat ditangguhkan ke 6 Jun 2023.


"Tujuan PN hanya semata-mata membolehkan usul persendirian dari YB Arau untuk dapat peluang dibahaskan (selepas usul kerajaan).


"Tidak menjadi isu untuk PN menolak usul Kerajaan di bawah aturan mesyuarat 12(1) ini kerana ia hak mereka dan diakui di dalam aturan mesyuarat.


"Yang jadi isu ialah berapa lemahnya strategi dan taktikal PN untuk mengalahkan Kerajaan Perpaduan walaupun PN cuba-cuba memalukan Kerajaan Perpaduan," katanya kepada Suara keadilan.


PN juga, kata Hassan, gelojoh dan tidak memiliki strategi yang tepat apabila mereka sendiri belum mengira jumlah anggota Dewan Rakyat di pihak pembangkang sebelum meminta pengundian.


Oleh itu, katanya, PN terpaksa menelan kepahitan apabila hanya mendapat 52 sokongan sahaja dalam menentang usul Kerajaan dan kalah kerana 83 Ahli Parlimen teguh menyokong usul Kerajaan.


"Kalau semua Ahli Parlimen PN seramai 74 orang hadir sekalipun, jumlah itu tetap tidak dapat mengalahkan undi yang diperolehi Kerajaan sebanyak 83 undi.


"Dari segi strategi perang PN tak cukup bersedia untuk bertempur. 22 Ahli Parlimen PN tidak hadir di Parlimen tetapi PN tetap reckless atau cuai dan saja-saja untuk membawa undi belah bahagi," katanya.


Untuk itu, Hassan menasihatkan agar PN berhenti daripada menggugat Kerajaan Perpaduan dalam sidang seterusnya kerana mereka bukan sahaja tidak mampu mengusulkan Undi Tidak Percaya tetapi undi belah bahagian pun ternyata gagal.


"Saya nasihatkan PN cukup cukuplah untuk menggugat Kerajaan Perpaduan yang disokong padu oleh semua Ahli Parlimen dari 19 parti yang mahu Kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar dapat mentadbir negara sehingga tamat tempoh 5 tahun Parlimen ke -15 ini," katanya lagi.


Undi belah bahagian semalam sekiranya tidak memihak kepada Kerajaan hanya akan menangguhkan pembentangan RUU oleh Nik Nazmi dan tidak akan mengugat kerajaan.


PN tidak sewajarnya menghabiskan waktu sehingga sejam berdebat untuk pengundian yang sia sia seperti itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page