Undi atas talian: Lebih 10,000 telah laksana tanggungjawab



Pengundian Atas Talian (PAT) yang dilaksanakan KEADILAN buat pertama kali dalam Pemilihan KEADILAN 2022 kali ini mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih 10,000 anggota telah pun menjalankan tanggungjawab mereka.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Zaliha Mustafa, angka tersebut adalah setakat jam 12:01 malam hingga pagi ini dan angka itu dijangka bertambah mejelang petang.


"Pengundian Atas Talian bermula secara rasmi hari ini 18 Mei. Setakat kita buka malam tadi 12:01 sehingga pagi ini telah lebih 10,000 anggota yang telah melaksanakan undi atas talian.


"Kita terima undian dari ahli di luar negara. Kita dapat undian dari Singapura, Switzerland juga Korea Selatan. Ini kita anggap satu kejayaan dari undi online yang kita adakan," katanya kepada Suara Keadilan.


Mengulas isu keselamatan data dalam PAT, Dr Zaliha berkata, keselamatan adalah terjamin kerana aplikasi tersebut setakat ini telah merekodkan beberapa serangan siber namun semuanya dapat ditangani dengan baik oleh pihak teknikal pengendali sistem.


"Pelbagai cara sebenarnya yang kita nak memastikan PAT ada unsur cyber attack dan sebagainya. Memang ada cubaan tetapi kita dapat pastikan mereka tidak menembusi sistem kita," katanya lagi.


PAT membenarkan ahli KEADILAN mengundi dari semua tempat di seluruh dunia yang memiliki sambungan internet yang stabil. Untuk PAT dalam Malaysia pengundian diadakan selama tiga hari bermula hari ini sehingga 11:59 malam, Jumaat, 20 Mei 2022.


Terbaharu angka yang telah mengundi secara PAT mencecah 31,091 pada jam 1.30 petang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER