top of page

Undi 18 mesti dilaksanakan sekarang - MPP KEADILAN



Tiada alasan yang munasabah bagi kerajaan Perikatan Nasional mahu pun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan Undi 18 yang dipersetujui sebelum ini untuk dilaksanakan selewat-lewatnya pada Julai 2021.


Hal itu ditegaskan oleh Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil usai mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN di Ibu Pejabat parti di Petaling Jaya, petang tadi.


"MPP tidak boleh menerima keputusan SPR untuk menangguhkan pelaksanaan Undi 18. MPP mengambil pendirian tegas bahawa Undi 18 mesti dilaksana sekarang," kata Fahmi dalam satu kenyataan.


Menurut beliau lagi, selain isu Undi 18, MPP juga bersetuju menubuhkan satu struktur di bawah parti khusus untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi memperjuangkan isu-isu yang melibatkan golongan OKU yang kurang dibela kebelakangan ini.


Katanya, MPP turut mengambil maklum keadaan yang memprihatinkan mengenai laporan wujud gerakan bertujuan menjatuhkan Ketua Polis Negara di dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


"MPP amat risau dengan beberapa laporan media yang berkata wujudnya ‘kartel’ di kalangan pegawai polis yang dipercayai berniat menjatuhkan Ketua Polis Negara. Hal ini perlu ditangani dengan tegas, dan MPP bersama Presiden KEADILAN menyokong segala usaha menghapuskan ‘kartel’ tersebut kerana ia menyumbangkan kepada terjejasnya integriti dan kewibawaan institusi PDRM.


"Selain itu, MPP telah dimaklumkan berkenaan pertemuan Presiden KEADILAN bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 22 Mac lalu. MPP menimbulkan rasa amat risau sekiranya SPRM terus mempunyai persepsi umum bahawa ia ‘senjata politik’ sesetengah pihak, dan perkara ini harus diperbetulkan," katanya.


MPP juga, tegas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, membincangkan isu semasa ekonomi yang semakin merudum selepas setahun negara diperintah Perikatan Nasional.


"Bagi aspek ekonomi, MPP membincangkan isu pengangguran terutama di kalangan anak muda yang dipercayai berada pada tahap 13.2%, atau sekitar dua setengah kali ganda kadar pengangguran nasional.


"Kadar keterlibatan wanita di dalam pasaran kerja juga dipercayai telah berkurang 0.5% kepada 55.1%. Keadaan ini amat membimbangkan dan KEADILAN akan merangka beberapa dasar bagi mengatasi isu pengangguran anak muda dan keterlibatan wanita ini," katanya lagi.



0 comments

תגובות


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page