top of page

Hubungan persahabatan PM-Erdoğan disusuli ucapan takziah

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
5 minutes ago
1 min read
DS Anwar dalam perbuatan telefon bersama Erdogan di pejabatnya
DS Anwar dalam perbuatan telefon bersama Erdogan di pejabatnya

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan berbual melalui telefon dengan sahabatnya yang juga Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan.


Dalam perbualan itu, kata Anwar, Erdoğan menyampaikan ucapan takziah atas pemergian abang Perdana Menteri, Allahyarham Idrus Ibrahim.


"Beliau menyampaikan ucapan takziah atas pemergian abang saya, Almarhum Idrus Ibrahim. Ingatan dan doa beliau amat bermakna buat kami sekeluarga dalam saat yang berat ini.


"Beliau juga menitipkan salam takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali," katanya dalam muat naik di Facebook.


Anwar berkata ingatan dan doa yang disampaikan Presiden Türkiye itu amat bermakna buat beliau dan keluarga dalam menghadapi saat yang berat.


Kedua-dua pemimpin juga bertukar tukar pandangan mengenai beberapa isu semasa yang menjadi perhatian bersama.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page