top of page

Undi 18: Jangan gunakan alasan Covid 19 tekan demontrasi aman



Tindakan polis memanggil untuk siasatan anak-anak muda yang melakukan aksi duduk bantah di luar bangunan Parlimen, Sabtu lalu amat merunsingkan.


Menurut Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiada kesalahan dilakukan dalam tunjuk perasaan itu dari segi prosedur operasi standard (SOP) jangkitan Covid 19.


Ternyata, katanya, alasan Covid telah digunakan untuk menekan demontrasi aman yang dibenarkan undang-undang.


"Pada hari Sabtu lalu, sekumpulan anak muda dan aktivis telah berarak ke Padang Merbok dan melakukan aksi duduk bantah di hadapan bangunan Parlimen. Setakat ini, tidak ada pengumuman yang mengatakan para demonstran ini telah melanggar SOP terkait wabak Covid-19.


"Sebaliknya, terdapat beberapa individu yang terlibat dengan unjuk rasa pada Sabtu itu telah dipanggil oleh polis untuk diambil keterangan. Jika ada pertuduhan terhadap mereka, ia harus dibuat secara terbuka dan diteliti oleh badan kehakiman kita yang bebas.


"Tindakan polis memanggil para pemimpin dan aktivis yang terlibat dengan demonstrasi aman tersebut sangat membimbangkan dan merungsingkan. Wabak Covid-19 ternyata telah memberi tantangan yang maha dahsyat pada institusi-institusi serta kesihatan demokrasi kita," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, kekentalan semangat anak-anak muda melakukan duduk bantah itu memberi keyakinan dan kekuatan kepada beliau untuk melawan kesewenangan pemerintah dalam menekan demokrasi.


"Ia memberi keyakinan dan kekuatan kepada diri saya tatkala menyaksikan keprihatinan yang ditonjolkan anak-anak muda ini tentang negara, dan dengan tertib dan aman menganjurkan unjuk rasa tanpa melanggar SOP terkait wabak.


"Saya menggesa pihak polis mencontohi ketertiban aktivis-aktivis ini, tonjolkan ketelusan agar Malaysia terserlah sebagai demokrasi yang matang, meski keadaan malap saat ini.


"Tidak ada sesiapa yang harus gentar dalam menyatakan pendirian serta pendapat dalam masyarakat demokratik semacam kita," katanya lagi.


Justeru, Anwar memberi amaran bahawa melakukan aksi bantahan secara demontrasi adalah selari dengan jaminan Perlembagaan, dan sebarang cubaan untuk menghakis hak itu wajar disanggah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page