top of page

Undang-undang syariah: Baik pembangkang sertai perbincangan



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Menggubal Undang-Undang Islam bersikap terbuka untuk berbincang dengan semua pihak termasuk mana-mana parti politik.


Perdana Menteri berkata jawatankuasa khas dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi itu akan meneliti semua pandangan sebelum dibawa ke peringkat seterusnya.


"Semalam Tun Zaki dah bagi taklimat awal, depan Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah) dalam mesyuarat saya sudah setuju jawatankuasa ini bersidang,


"Jumpalah siapapun bagi pandangan, baik dengan semua negeri, semua parti mana pun, bincanglah, ambil sikap terbuka dengan pandangan mereka," katanya ketika berucap sebelum merasmikan Masjid Jamek Tu Tengah Berapit, Bukit Mertajam hari ini, lapor Bernama.


Jawatankuasa khas tersebut ditubuhkan pada Ogos tahun lalu atas titah Sultan Sharafuddin yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) susulan keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang membatalkan peraturan liwat dalam undang-undang syariah Selangor dan petisyen mencabar sejumlah seksyen Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan.

Perdana Menteri berkata pihak tertentu yang sebelum ini mengecam dan mencerca kononnya kerajaan tidak mempertahankan Mahkamah Syariah disaran menyertai perbincangan yang diadakan jawatankuasa khas itu.


Jelas beliau pendekatan itu lebih baik berbanding mereka terus menjadikan isu pembatalan beberapa kesalahan Enakmen Kanun Syariah Jenayah Kelantan baru-baru ini sebagai polemik politik.


"Bila kita dah capai persetujuan, kita bawa kepada jemaah menteri, kita persembahkan kepada Majlis Raja-Raja, bila diperkenan, kita gubal di Parlimen, minta rakan-rakan Melayu (Ahli Parlimen beragama Islam) sokong, kita pinda dan kita perbaikilah mutu Mahkamah Syariah, itu caranya," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page