top of page

Umum tarikh bubar DUN dahului Sultan bertentangan adab



Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengecam tindakan pihak tertentu yang mendahului Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam mengumumkan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).


Tegas Naib Presiden KEADILAN itu, tindakan tersebut boleh dianggap bertentangan dengan adab orang Melayu terhadap Sultan sebagai Ketua Negeri.


"Kita mempunyai undang-undang, adat istiadat dan konvensyen yang harus kita tepati. Maka bagi saya adalah tidak wajar mana-mana pihak mendahului Sultan Selangor dalam mengumumkan tarikh pembubaran DUN Selangor.


"Ia dikira bertentangan dengan konvensyen, adat istiadat dan lebih lagi adab masyarakat Melayu dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor," katanya.


Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor Mohamed Azmin Ali dalam satu ceramah di Tanjong Karang dilaporkan berkata DUN negeri itu akan dibubarkan pada 19 Jun.


Pada sidang media semalam, Amirudin memaklumkan telah diterima menghadap Sultan Sharafuddin bagi tujuan memohon perkenan baginda supaya DUN Selangor yang ke-14 dibubarkan pada 23 Jun ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page