top of page

Umno tidak minat bela kebajikan rakyat: Tidak sokong usul bahas harga barang - Chang Lih Kang



Kerajaan BN - PN tidak berminat untuk membela kebajikan rakyat Malaysia apabila enggan menyokong usul Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen dalam usaha untuk membahaskan isu kenaikan harga barang dan kejatuhan matawang ringgit.


Bagi Naib Presiden KEADILAN, Chang Lih Kang, Umno yang menguasai Kerajaan Persekutuan dilihat tidak berminat untuk mengutamakan rakyat berbanding kepentingan politik peribadi.


"Sekiranya Umno - BN ikhlas dan serius membantu, membela nasib dan kepentingan rakyat, sepatutnya Ahli-ahli Parlimen mereka bersuara membantah Speaker Dewan Rakyat yang menolak usul Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Anwar telah membawa usul untuk membincangkan masalah ekonomi susulan kenaikan harga barang dan kejatuhan mata wang negara pada kedudukan yang sangat parah, sekaligus memberi kesan kepada kehidupan rakyat


"Tindakan ini diambil selepas cadangan usul tersebut yang dikemukakan kepada Perdana Menteri tetapi tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.


"Bagi saya, amat mendukacitakan apabila Presiden Umno lebih mengutamakan langkah pembubaran Parlimen berbanding membantu rakyat yang berada dalam kesusahan," katanya dalam satu kenyataan.


Pemimpin Umno ketika ini, katanya, sengaja mengelirukan rakyat kononnya mereka mahu membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh bagi menjaga kebajikan rakyat.


Sedangkan, katanya, Umno yang merupakan sebahagian daripada kerajaan langsung tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam membantu rakyat.


Katanya, kejatuhan nilai ringgit pada paras yang parah menunjukkan kualiti pemimpin daripada Umno baik sebagai Perdana Menteri mahu pun Menteri Kewangan


"Apa yang diulas hanyalah memberi kenyataan kononnya situasi (ekonomi) tidak akan bertambah buruk tanpa mengumumkan sebarang dasar dan langkah yang konkrit untuk memulihkan ekonomi negara.


"Sebaliknya, Perdana Menteri sekarang hanya dijadikan seperti 'budak suruhan' kepada segerombolan pihak yang rakus mahu berkuasa.


"Sudahlah tidak membantu rakyat, kini Umno mahu menambah beban lagi dengan usaha membubarkan Parlimen tatkala beberapa tempat dalam negara sudah menunjukkan bencana banjir akan melanda," katanya.


Ahli Parlimen Tanjung Malim itu memberi amaran agar Umno jangan lagi memperalatkan situasi bencana demi meraih kepentingan sempit parti mereka.


"Sewajarnya Umno bermuhasabah dan insaf dengan penyelewengan yang dibuat semasa pernah menjadi kerajaan.


"Malangnya Umno parti yang tidak pernah insaf dan rakyat perlu bangkit dan menghukum mereka," katanya lagi.


Justeru, katanya, rakyat perlu membuat perubahan total dalam Pilihan Raya Umum ke 15 kali ini agar BN atau PN tidak lagi berkuasa dan merosakkan negara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page