top of page

Umno serius usul keluar Perikatan Nasional - Dr Mazlan Ali



Usul agar Umno meninggalkan Perikatan Nasional (PN) yang dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno malam tadi untuk dibahas pada Perhimpunan Agung Umno akan akan menjadi perkembangan politik paling penting menjelang hujung Januari ini.


Penganalisis politik, Dr Mazlan Ali berkata, Umno pada ketika ini berdasarkan mesyuarat peringkat bahagian kelihatan sangat serius membahaskan keperluan parti tersebut menarik dari daripada kerajaan PN.


Katanya, hal itu berkaitan dengan hegemoni Umno yang dirasai mulai berkurangan akibat disaingi oleh Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).


"Mutakhir ini terutama selepas mesyuarat bahagian-bahagian Umno pemimpin-pemimpin parti itu mula menyuarakan hasrat terpendam mereka, iaitu mengekalkan kedudukan Umno sebagai parti hegemoni Melayu di masa depan.


"Desakan demi desakan berlaku sekarang, termasuk oleh bekas PM Najib Razak agar Umno segera keluar daripada kerajaan PN.


"Ini, bagi saya kerana Umno sedar pengaruh Tan Sri Muhyiddin dan Bersatu yang bertambah ekoran sokongan rakyat terhadap polisi-polisi Tan Sri Muhyiddin yang kelihatan baik (dalam perang melawan Covid 19)," katanya.


Sehubungan itu, katanya, Umno mula membuka perbincangan dengan pihak lain dengan pelbagai kemungkinan, sama ada membentuk kerajaan baharu atau pun mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) mengejut sebagaimana disuarakan oleh akar umbi parti itu.


Menurut Dr Mazlan, kedua-dua kemungkinan ini sedang giat dibincangkan oleh pelbagai pihak dalam Umno dan menunjukkan hilang minat parti itu mempertahankan kerjasama dengan Bersatu serta PN.


"Malah terdapat khabar-khabar angin bahawa satu rancangan untuk membentuk kerajaan baru dalam masa terdekat, mungkin ini ada hubungan dengan desakan-desakan yang kuat dari akar umbi Umno


"Jadi berdasarkan perkembangan-perkembangan ini, saya percaya bahawa usul untuk keluar PN akan dikemukakan dalam Perhimpunan Agung itu nanti," katanya.


Umno dalam mesyuarat peringkat bahagian minggu lalu memberikan beberapa alasan kukuh untuk menarik sokongan daripada kerajaan PN. Namun alasan utama adalah sikap Bersatu yang didakwa membeli ahli-ahli Umno untuk menyertai parti itu.


Sekiranya kerjasama diteruskan sehingga tarikh Pilihan Raya Umum 2023 maka Umno akan kehilangan sejumlah besar keahlian melalui kempen yang didakwa dilakukan Bersatu untuk menjadi kuasa politik utama orang Melayu.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page