top of page

Umno kekal Pembangkang Selangor, Provokasi Azmin Tidak Menjadi

Updated: Mar 24, 2023



Oleh: Mohd Fauzi Fadzil


ULASAN: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi penggal ke-14 tahun 2023 baru-baru ini berlangsung dalam keadaan tenang dan terkawal, pujian harus diberi kepada YAB Menteri Besar Selangor iaitu Datuk Seri Amirudin Shari bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang berjaya mengawal suhu perbahasan agar sejajar dengan semangat Madani yang dimahukan oleh PMX.


Namun disebalik kesungguhan barisan kepimpinan kerajaan Negeri Selangor yang sedaya-upaya cuba untuk berbahas dengan penuh ketamadunan, tidak dapat dinafikan terdapat cubaan daripada ahli DUN untuk membakar isu-isu hangat bagi menimbulkan ketegangan.


Perkara tersebut jelas dapat dilihat melalui cubaan yang dilakukan oleh Ahi Dewan Negeri Bukit Antarabangsa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, beliau telah mencuba sebanyak dua kali (sepanjang sesi perbahasan penggal DUN ke-14) untuk mempersoalkan kedudukan UMNO di dalam DUN Selangor. Beliau berhujah oleh kerana UMNO kini diperingkat Persekutuan merupakan salah satu komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan, maka dalam konteks DUN Selangor wakil rakyat UMNO tidak selayaknya terus memegang jawatan Ketua Pembangkang.


Mandat PRU 14 UMNO pembangkang


Persoalan tersebut dijawab oleh wakil UMNO di dalam DUN iaitu Datuk Mohd Imran Tamrin yang menyedari perbincangan pucuk pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) masih berlangsung, UMNO Selangor tidak tergesa-gesa dalam isu berkenaan.


Malah YAB Menteri Besar Selangor turut menjawab berkenaan isu tersebut semasa sesi ucapan penggulungan perbahasan penggal DUN Selangor ke-14 bahawa buat masa sekarang kedudukan UMNO masih kekal sebagai pembangkang, perbincangan antara pucuk pimpinan parti hanya akan memuktamadkan kemasukan UMNO ke dalam pemerintahan kerajaan PH Selangor selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan enam buah negeri selesai sekitar Julai tahun ini sekiranya gabungan PH/ BN berjaya mendapat mandat daripada rakyat Negeri Selangor.


Jawapan YAB Menteri Besar Selangor tersebut dilihat jelas dan tuntas bagi menggambarkan kedudukan UMNO dalam kerajaan Negeri Selangor buat masa sekarang, mandat yang diberikan oleh rakyat Negeri Selangor dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu yang melibatkan Selangor adalah untuk PH terus memerintah Kerajaan Negeri.


UMNO dan BN tidak termasuk dalam pemberian mandat tersebut, UMNO dan BN juga tidak mempersoalakan kedudukan mereka hanya Azmin Ali yang berada di luar kerangka perbincangan tersebut yang membangkit isu berkenaan.


Azmin dulu kekalkan Pas


Kedudukan UMNO dan BN yang berada di luar Kerajaan Negeri Selangor tidak dianggap ganjil kerana pemerintahan Azmin Ali semasa memegang tampuk pemerintahan Selangor sebelum PRU 14 lalu turut mengekalkan Pas di dalam struktur Kerajaan Negeri pada tahun 2015 walaupun parti tersebut tidak lagi berada di dalam Pakatan Rakyat (PR). Azmin pada masa itu berhujah bahawa Pas perlu kekal dalam pentadbiran kerana mereka turut mendapat mandat rakyat semasa PRU 13.


Persoalan kerajaan dan pembangkang yang dibangkitkan oleh Azmin mungkin untuk membuka ruang bagi dirinya diangkat sebagai Ketua Pembangkang dalam DUN Selangor.


Mungkin beliau ingin dilihat sebagai calon Menteri Besar daripada Perikatan Nasional (PN) Selangor menjelang PRN yang bakal berlangsung kurang 100 hari lagi.


Jika benar, beliau sepatutnya malu dengan perbuatan tersebut kerana ia seperti “Hendak harum terlalu hangit”. Penggal pemerintahan kerajaan PH Selangor kini tinggal kurang 100 hari, tiada keperluan untuk penukaran Ketua Pembangkang dalam sidang DUN memandangkan sidang DUN Selangor ke-14 merupakan sidang terakhir sebelum DUN dibubarkan


Azmin Ali sepatutnya menumpukan usaha untuk berkhidmat di kawasan DUN beliau berbanding menumpukan perhatian untuk melobi jawatan Ketua Pembangkang DUN Selangor.


________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Selangor

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page