'Umno jatuhkan Faizal, bukan pergaduhan DAP - Amanah' - AMK Perak



Kenyataan mengarut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kononnya beliau sering menguruskan pergaduhan DAP dan Amanah ketika menjadi Menteri Besar (MB) Perak diselar oleh Angkatan Muda (AMK) KEADILAN Perak.


Menurut Timbalan Ketua AMK Negeri Perak, Muhamad Alif Asyraf Abdull Rahim, biar pun Faizal memburuk-burukkan bekas rakan politiknya, namun hakikat yang berlaku bekas MB itu tidak dijatuhkan oleh Pakatan Harapan atau 'pergaduhan DAP - Amanah' sebaliknya oleh Umno.


"AMK Perak mengikuti ucapan bekas MB Perak, Faizal Azumu pada 11 November lalu yang kononnya beliau terpaksa mengurus pergaduhan DAP - Amanah setiap hari.


"AMK Perak mengingatkan semula Faizal, di kala Kerajaan Perak dikuasai oleh PH dan beliau masih MB sehingga tumbangnya Kerajaan Negeri akibat beliau melompat, realitinya beliau dijatuhkan ketika PH tiada dalam Kerajaan Negeri.


"Lagi memelikkan setelah dijatuhkan, beliau tanpa rasa segan silu memberi sokongan menubuhkan Kerajaan Negeri yang dipelopori oleh BN, seperti tiada maruah diri," kata Alif dalam satu kenyataan.


Alif yang juga Exco AMK Malaysia berkata, kejatuhan Faizal di Perak tiada kaitan dengan pergaduhan dalaman PH sebaliknya lebih kepada kelemahan beliau menjalan tugas yang diamanahkan.


Katanya, Faizal jelas gagal memanggil mesyuarat PH selepas menjadi MB dan menjadi punca lemahnya imej PH di mata rakyat.


"Dalam 22 bulan, beliau tidak berani bersemuka dengan pimpinan PH Perak secara terbuka kerana sedar kegagalan menjalankan tugas MB dengan baik.


"Bukan sekadar itu, untuk bertemu bagi membincangkan perjalanan Kerajaan Negeri pun sukar. Ini turut disahkan oleh bekas Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Tambun yang mempertikaikan beliau secara terbuka akibat kegagalan mengurus dan menyelesaikan masalah negeri Perak.


"Ketika beliau ditumbangkan di dalam sidang DUN Perak, bukankah beliau menyatakan kerinduan kepada PH Perak? Memelikkan jika DAP - Amanah merungsingkannya tetapi wujud pula perasaan rindu. Dalam hal ini sebenarnya beliaulah yang bermasalah," kata Alif lagi.


Sehubungan itu, Alif menasihatkan Faizal Azumu agar mencermin diri beliau sendiri sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan menyerang PH pada masa hadapan.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER