top of page

Umno gesa usul undi percaya, agenda untuk jatuhkan Muhyiddin?


Gesaan Ahli Parlimen Bagan Datuk, Ahmad Zahid Hamidi supaya kerajaan membawa usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parlimen menimbulkan spekulasi dari pelbagai pihak.


Manakan tidak, isu undi percaya tidak perlu pun diusulkan sekiranya presiden Umno benar-benar mempunyai keyakinan penuh terhadap Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).


“Sama ada terdapat usul percaya atau sebaliknya ianya hendaklah diuji di Dewan yang mulia ini. Jika ini tidak dapat dilakukan kerana kekangan peraturan mesyuarat, sesuatu mesti dipersesuaikan dengan urusan kerajaan mesti diutamakan.


“Biarlah kerajaan yang menjadikannya sebagai urusan kerajaan,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2021.


Zahid juga menganggap usul undi percaya perlu dilakukan kerana keabsahan kerajaan telah menimbulkan persoalan terutamanya selepas rancangan darurat seluruh negara ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.


“Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja telahpun menolak.


“Jika ini tidak dapat dilakukan, ianya hendaklah dikembalikan kepada rakyat sesegera yang mungkin," katanya.


Gesaan Zahid juga mendapat sokongan dari Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan yang mahu usul itu dibuat bagi memastikan tiada lagi keraguan terhadap sokongan kepada Muhyiddin.


Apakah makna dan agenda di sebalik gesaan tersebut? Sudah tentu ia akan menimbulkan keresahan dan kebimbangan terhadap ahli-ahli parlimen yang menyokong Muhyiddin.


Gesaan itu menunjukkan Umno selaku penyokong terbesar kerajaan PN sudah tidak yakin dengan Muhyiddin.


Jika Muhyiddin mendapat sokongan majoriti ahli parlimen, beliau akan selamat tetapi apabila Umno sendiri pun menggesa usul undi percaya, itu menandakan terdapat beberapa ahli parlimen yang menyokong beliau sebelum ini sudah enggan berbuat demikian.


Ini bermakna, Muhyiddin sudah pun kehilangan majoriti di Parlimen dan bila-bila masa sahaja kerajaan PN akan jatuh.


Tidak hairanlah jika Muhyiddin serta penolong kanannya Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin tergesa-gesa mahu mengisytiharkan darurat bagi mengekalkan pemerintahan kerajaan PN.


Sesungguhnya, Muhyiddin dalam keadaan terdesak ketika ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page