Umno desak PRU 15: Membazir, 6 negeri tidak ikut bubar DUN - Fahmi



Desakan berterusan pemimpin Umno untuk segera dilaksanakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 mendapat kecaman rakyat dan memperlihatkan seolah olah parti Ketuanan Melayu itu tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai kuasa pemutus menerima atau tidak pembubaran Parlimen.


Bagi Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, jelas isu PRU dalam Perhimpunan Agung Umno ketika ini digerakkan oleh kelompok yang terdesak menghadapi kes mahkamah. Sedangkan, katanya rakyat dan negara tidak memerlukannya kerana tempoh penggal Parlimen ke 14 masih berbaki setahun.


"Nampaknya desakan ini mungkin dikepalai oleh kelompok yang terdesak dan mereka terdesak sebab mahukan PRU diadakan sebelum mereka dihukum mahkamah.


"Saya lihat pandangan ramai, janganlah sebab ada kelompok yang terdesak, kluster yang tersedak ini, mereka arahkan sampai seakan akan mahu tetapkan tarikh pilihan raya.


"Dalam Perlembagaan bukan kuasa menteri, jemaah menteri atau Umno (putuskan PRU). Kuasa itu mengikut Perlembagaan Persekutuan berada di tangan Yang di-Pertuan Agong.


"Jadi mereka tak boleh ketepikan fungsi dan kuasa Tuanku sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan," katanya.


Selain itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga membayangkan tidak praktikalnya PRU diadakan pada tahun ini memandangkan 6 negeri telah menyatakan tidak akan mengikut langkah Kerajaan Persekutuan membubarkan Parlimen, sebaliknya mereka akan menunggu sehingga penggal DUN berakhir pada Mei tahun hadapan.


Menurut Fahmi lagi, PRU tanpa melibatkan negeri akan sangat membazir. Katanya, jika kos untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sahaja mencecah lebih RM100 juta maka berapakah kos untuk PRU dan PRN berjarak dalam tempoh beberapa bulan.


"Saya lihat banyak negeri lain umum mereka tidak akan bubar DUN lebih awal, termasuklah Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Terengganu dan Kelantan.


"Kalau nak dibuat pilihan raya, saya rasa mesti ada satu persefahaman. Supaya kos dari segi pentadbiran, dari segi perjalanan pilihan raya itu terkawal dan tidak berlipat ganda


"Paling penting kita sekarang menerima berita tentang sub varian kepada Omicron (Covid 19) yang mungkin bakal melanda dalam masa beberapa bulan," katanya.


Fahmi juga meminta para pemimpin Umno agar menyelami derita rakyat yang mula memasuki fasa pemulihan daripada pandemik Covid 19 untuk tidak terus membebankan mereka.


Rakyat, katanya, perlu diberi masa untuk memulihkan ekonomi masing masing sebelum disibukkan dengan hal politik.


"Saya risau pada ketika kita baru nak masuk ke fasa endemik, baru nak mula berjalan semula, tiba tiba ada puak yang hanya memikirkan diri sendiri, yang sangat mementingkan diri dan mahukan semua ikut mereka sahaja.


"Kesan akhirnya (keperitan) akan dirasai oleh rakyat," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER