top of page

Umno desak adakan PRU 15, DAP pula dipersalahkan - Anthony Loke



Sikap tidak bertanggungjawab dan suka menyalahkan orang lain sebati dengan keperibadian pemimpin Umno.


Terbaharu, Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyalahkan pemimpin DAP sebagai tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong di atas desakan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 sebelum cukup penggal.


Bagaimanapun, kenyataan Ismail semalam ditempelak oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook yang mengkhuatirkan tahap pemikiran PM itu kerana DAP tidak pernah mendesak diadakan PRU lebih awal, berbanding para pemimpin utama Umno.


"Yang tekan PM untuk bubarkan Parlimen ialah pemimpin Umno, yang disalahkan pula ialah DAP!


"Ini pun salah DAP?" tanyanya.


Dalam kenyataan Ismail, beliau membayangkan bahawa tarikh pembubaran Parlimen ditentukan oleh Agong dan beliau tiada kuasa memutuskannya.


Ismail sebelum itu membidas kenyataan Anthony menyifatkan beliau flip flop dalam keputusan pembubaran Parlimen.


"Saya tak pernah mempertikaikan bahawa kuasa untuk memperkenankan pembubaran Parlimen ialah Yang Di-Pertuan Agong. Ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


"Yang saya kritik Perdana Menteri kerana beliau memberikan kenyataan dan mesej yang tidak konsisten. Saya tak pernah kata bahawa PM mesti sebut bila tarikh pembubaran.


"Saya rasa kenyataan PM ini sebenarnya dituju kepada pemimpin Umno yang tekan dia untuk bubar Parlimen.


"Cuma dia tak boleh sebut orang Umno tak hormat Agong, jadi DAP jadi mangsa kepada pertelingkahan dalaman Umno," kata Loke lagi.


Menurut laporan AstroAwani, Ismail berkata bahawa Seri Paduka Baginda boleh menolak tarikh pembubaran yang dicadangkannya kalau Baginda tidak bersetuju.


Oleh itu, beliau tidak boleh menyatakan tarikh yang tepat kerana hal itu akan mengambil alih tugas Yang di-Pertuan Agong.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page