top of page

'Umno cerita kestabilan rakyat tak faham, mereka lihat tak stabil' - Syed Ibrahim



BN yang memerintah Johor beralasan terpaksa membubarkan DUN Johor kononnya ketidakstabilan politik kerana perbezaan antara pemerintah dan pembangkang hanya 1 kerusi adalah pembohongan semata mata.


Realitinya sejak 2020 kerajaan memang bertahan dengan majoriti tipis dan kestabilan memang tidak wujud kerana masalah Malaysia bukan hanya politik tetapi ekonomi, dasar yang lemah, korupsi dan lain lain


Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, beliau tidak nampak kestabilan yang dijanjikan Umno sebaliknya ketidakstabilan yang berterusan dengan ekonomi yang merudum.


"Bila kita tengok keadaan rakyat pada 2020 dan sekarang 2022, nak kata makin senang, tengok ekonomi tak baik juga. Barang semakin naik.


"Saya pergi pasar pagi Bukit Gambir tadi, bagi limau kepada rakyat, peniaga. Saya tanya peniaga murtabak, macam mana berniaga? Dia kata barang naik, saya guna telur, daging, ayam, minyak masak, semua yang saya sebut naik harga tetapi murtabak saya tak boleh naik.


"Kalau naik rakyat tak beli, rasa mahal. Ini keadaan sebenar. Kita ini balik seolah olah sebelum tahun 2018. Semua kos sara hidup naik dan pendapatan tak naik.


"Kita terpaksa keluar duit KWSP, maksudnya ekonomi rakyat itu terjejas.


"Jadi yang dikatakan sebagai kestabilan itu kita pun tak faham, yang berlaku ialah ketidakstabilan, kemurungan ekonomi," katanya dalam siri ceramah santai menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Dataran Ole-Ole Air Hitam Batu 15 Bukit Naning, malam tadi. .


Menurut Ahli Parlimen Ledang itu, sejak 2 tahun lalu Pembangkang Johor telah sehabis baik menyokong program membantu rakyat kerajaan BN dan menstabilkan politik negeri, namun Umno tetap tidak bersyukur, mereka mahukan kerusi yang lebih banyak.


Oleh itu mereka mencipta pelbagai alasan untuk mewajarkan Pilihan Raya Negeri (PRN)


"Kita ada bukti PRN dipaksakan. Kita perlu pilih yang pentingkan rakyat, bukan kuasa. Tidak ada kewajaran mereka adakan PRN selain kekalkan kuasa kerana mereka mahu apa yang berlaku di Melaka akan berlaku di Johor.


"Ada pengundi luar yang kerja di Singapura tak boleh balik, ini kelebihan bagi Umno. Mereka tahu perkara ini dan mereka perlu ambil kesempatan untuk PRN. Jangan kelentong isu isu lain. Dalam keadaan rakyat susah kamu ambil kuasa," katanya.


Oleh itu, Syed Ibrahim menyeru bangsa Johor agar bangkit kali ini menumbangkan BN dan PN di semua DUN.


Katanya, tidak perlu diberi ruang kepada pihak yang hanya mahu kekuasaan sedangkan di peringkat Persekutuan pemimpin tertinggi Umno boleh pula membuat memorandum kerjasama (MoU) dengan Pakatan Harapan untuk mengekalkan Perdana Menteri Ismail Sabri di tampuk kuasa.


"Saya percaya dengan apa yang berlaku di peringkat Persekutuan. Kita buat persefahaman sejak September tahun lepas. Ada cabaran MoU, di bawah ini ada yang kata sedikit sahaja kerajaan BN nampak main main mereka suruh langgar.


"Tetapi kita fikirkan masalah rakyat. Kita perlu wakil rakyat tumpu perkara kebajikan dan buat bersama sama (pemerintah untuk bantu rakyat)," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page