top of page

Umno ada 17% Ahli Parlimen, boleh paksa laksana PRU 15 waktu banjir?



Pemimpin Umno tidak wajar memutuskan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 diadakan pada waktu banjir sedangkan majoriti Ahli Parlimen tidak bersetuju.


Menurut Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Umno hanya ada 17% Ahli Parlimen dan seorang Perdana Menteri daripada 222 anggota Dewan Rakyat. Sepatutnya mereka mendengar suara Ahli Parlimen lain dan majoriti rakyat yang tidak bersetuju pilihan raya dalam keadaan mengharung air banjir.


"Setiausaha Agung Umno buat sidang media, dia kata Umno buat keputusan mengadakan PRU tahun ini juga.


"Kita nak tanya dia, Umnokah yang berkuasa di Malaysia ini? Umno ada 38 Ahli Parlimen daripada 220, 17% sahaja. Tetapi top 5 Umno yang menentukan hala tuju negara kita. Dia tak peduli langsung Yang di-Pertuan Agong


"Padahal kata putus Agong untuk bubarkan Parlimen. Tetapi kita lihat kerakusan nak berkuasa terus dan takut kes mereka dibongkar lagi, jadi mereka putus nak buat PRU secepat mungkin.


"Banjir ke, ribut ke, nak redah air rakyat punya pasal. Inilah Umno. DNA mereka nak berkuasa. Nak teruskan kerja rasuah," katanya dalam ceramah Jelajah Trak Ayuh Malaysia Pulau Pinang, malam tadi.


Oleh itu, kata Bakhtiar, rakyat perlu berjiwa kental untuk keluar mengundi dalam PRU kali ini walau apa pun keadaan cuaca.


Tanpa undi rakyat yang cintakan negara, ujarnya, maka Umno BN akan berkuasa dan nasib rakyat akan lebih merana.


"Kalau kita putus banjir atau hujan ribut tak nak keluar mengundi, kita akan memberi mereka kuasa. Itu yang mereka mahu


"Mereka tak kisah orang nak keluar mengundi (banyak ) ke tidak. Mereka hanya nak terus mengekalkan kuasa.


"Ramai kata tak mau keluar mengundi maka mereka akan terus berkuasa. Negara kita akan makin buruk dalam indeks persepsi rasuah.


"Singapura sekarnag nombor 4, jadi pelabur tak datang ke Malaysia. Mereka pergi mana? Jumpa Pak Jokowi. Jokowi jumpa Elon Musk tarik melabur ke Indonesia, Hyundai tutup pelaburan di Malaysia lari ke Indonesia.


"Vietnam, Filipina pun lebih baik dari kita dalam menarik pelaburan. Mengapa mereka tak datang Malasyia? Kerana korupsi keterlaluan di Malaysia.


"Inilah yang berlaku kalau kita teruskan beri kuasa kepada Umno, masa depan tidak akan lebih baik," katanya.


Bakhtiar juga menerangkan mengenai kejatuhan nilai ringgit yang menyebabkan barangan pengguna menjadi lebih mahal tetapi Menteri Kewangan tidak ambil peduli berkenaan perkara itu.


Beliau kesal kerana semakin hari kabinet Malaysia diisi oleh Menteri yang tidak kompeten berbanding negara jiran yang melantik profesional terbaik di dalam kabinet.


"Indonesia, tengok Jokowi dia ambil Menteri semua bagus. Perdana Menteri kita bercakap kepada khalayak UNGA (pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu), tak ada orang di sana. Dia cakap bahasa Malaysia.


"Anda lihat bagaimana Menteri Luar Indonesia bercakap. Perfect English. Indonesia dulu cakap bahasa sekarang sudah mula cakap Inggeris. PM kita bercakap dalam dewan kosong.


"Indonesia gajikan bakat terbaik untuk menjadi Menteri. Singapura pula kebanyakan Menteri kabinet lepasan Harvad, MIT dan sebagainya. Kita tak tau lah. Sesetengahnya yang tipu kelulusan pun ada," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page