top of page

Umat Islam perlu lebih berani tampil menghapus persepsi negatif

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 1
  • 1 min read

Dr Zulkifli Hassan sepentas bersama DS Anwar di Simposium Kepimpinan MADANI - Asia Tenggara
Dr Zulkifli Hassan sepentas bersama DS Anwar di Simposium Kepimpinan MADANI - Asia Tenggara

Oleh: Akmal Manaf


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan menghadiri Simposium Kepimpinan MADANI-Asia Tenggara yang berlangsung di TAMU Hotel di ibu negara, baru-baru ini.


Simposium anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Persatuan Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) itu telah dirasmikan oleh Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyampaikan amanat penting mengenai peranan umat Islam dalam membina tamadun di rantau ini berteraskan nilai-nilai Islam sejagat.


Dalam ucapannya, Anwar menegaskan bahawa umat Islam harus lebih berani tampil menjelaskan nilai Islam yang sebenar dalam usaha menghapuskan persepsi negatif terhadap agama tersebut.


''Umat Islam di ASEAN perlu membuktikan bahawa mereka mampu menerima nilai sejagat tanpa mengabaikan identiti dan tradisi Islam.


''Dalam menghadapi Islamofobia, umat Islam harus berani dan rasional dalam menyuarakan pendirian, bukan sekadar mempertahankan diri,'' kata Dr Zulkifli dalam satu muat naik di Facebook.


Dalam pada itu, katanya, Anwar yang juga Presiden KEADILAN turut mengingatkan bahawa Malaysia dan rantau Asia Tenggara mempunyai tamadun Islam yang agung, serta sejarah hidup dalam keadaan aman.


Anwar menegaskan bahawa pembangunan di ASEAN tidak seharusnya berorientasikan material semata-mata, tetapi perlu berteraskan nilai, budaya, keadilan sosial dan kemanusiaan bagi membina sebuah peradaban yang mampan dan berdaya tahan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page