top of page

KEADILAN Johor: Akta ONSA Perkukuh Keselamatan Digital, Lindungi Kanak-Kanak

  • Writer: Abdul Rahim Razak
    Abdul Rahim Razak
  • 1 hour ago
  • 1 min read

KEADILAN Johor: Akta ONSA Perkukuh Keselamatan Digital, Lindungi Kanak-Kanak


Pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) dilihat sebagai langkah penting kerajaan dalam memastikan keselamatan pengguna internet, khususnya kanak-kanak dan remaja.


KEADILAN Johor berpandangan akta tersebut merupakan usaha wajar bagi mengurangkan pendedahan kepada risiko seperti jenayah seksual, pengaruh negatif serta penyalahgunaan gambar dan maklumat peribadi.


KEADILAN Johor menekankan bahawa usaha memperkukuh keselamatan digital memerlukan kerjasama semua pihak termasuk keluarga, sekolah, masjid, NGO serta aktivis masyarakat.


Selain itu program penerangan mengenai ONSA perlu diperluas kepada pelajar dan masyarakat supaya mereka memahami fungsi akta tersebut dalam melindungi pengguna daripada jenayah siber seperti scam dan pemangsaan dalam talian.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page