top of page

Bersatu Semakin Tersisih, PAS Dilihat Penentu Arah PN

  • Writer: Abdul Rahim Razak
    Abdul Rahim Razak
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Bersatu Semakin Tersisih, PAS Dilihat Penentu Arah PN


Parti Bersatu kini dilihat semakin tersisih dalam gabungan Perikatan Nasional (PN), khususnya apabila PAS dilihat memainkan peranan sebagai “kingmaker” yang mampu menentukan hala tuju gabungan tersebut.


Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr. Faiz Na’aman berpandangan, PAS dilihat berada dalam kedudukan strategik untuk memilih sama ada menyokong kepimpinan Bersatu di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin atau berpihak kepada kem Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dikaitkan dengan usaha menubuhkan parti baharu.


Katanya, tidak mustahil Bersatu akan mengambil haluan sendiri dan beliau menjangkakan ketegangan antara parti-parti dalam gabungan itu berpotensi membawa kepada perpecahan baharu selepas Aidilfitri, sekali gus mengubah landskap politik pembangkang.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page