top of page

Pelaburan tertinggi tiga tahun berturut-turut, destinasi pelaburan global

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Malaysia mencipta sejarah apabila mencatat rekod pelaburan tertinggi selama tiga tahun berturut-turut dari 2023 hingga 2025, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI), Sim Tze Tzin.


Beliau berkata jumlah pelaburan yang direkodkan menunjukkan peningkatan setiap tahun dengan RM329.5 bilion pada 2023, diikuti RM384.4 bilion pada 2024 dan RM426.7 bilion pada 2025. Untuk ketiga tiga tahun tersebut Malaysia mencatat rekod pelaburan paling tinggi dalam sejarah.


Menurutnya, pencapaian tersebut membuktikan Malaysia semakin diyakini sebagai destinasi pelaburan global yang kompetitif.


"Tiga tahun berturut-turut Malaysia mencatat rekod pelaburan tertinggi dalam sejarah. Dari 2023 hingga 2025, negara berjaya menarik pelaburan yang memecah rekod setiap tahun," katanya dalam satu kenyataan.

Sim Tze Tzin
Sim Tze Tzin

Tambah Tze Tzin, promosi pelaburan antarabangsa yang agresif oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama pasukan MITI turut memainkan peranan penting dalam menarik keyakinan pelabur.


"Pencapaian ini tidak berlaku secara kebetulan. Ia didorong oleh beberapa faktor utama


"Iaitu kestabilan politik, dasar yang konsisten, kemudahan menjalankan perniagaan, kedaulatan undang-undang dan tenaga kerja berkemahiran tinggi," katanya.


Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bayan Baru itu memaklumkan bahawa antara 2021 hingga 2025, sebanyak 4,848 projek pembuatan telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pelaburan Nasional.

Daripada jumlah itu, 84.9 peratus projek telah berada pada peringkat pelaksanaan, 12 peratus pada peringkat perancangan manakala hanya 3.1 peratus yang dibatalkan.


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pelbagai pihak termasuk Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), MITI serta seluruh rakyat Malaysia yang menyumbang kepada kejayaan tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page