top of page

Umat Islam diseru istiqamah berbuat kebaikan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 13, 2024
  • 1 min read


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati seluruh umat Islam untuk meraikan Syawal dengan istiqamah dalam beramal dan tidak kembali kepada sikap lama yang ditinggalkan tatkala Ramadan.


Nasihat itu dititipkan Anwar melalui satu hantaran di laman X selepas menghadiri jamuan hari raya dan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Bandar Utama Batang Kali semalam.


Anwar tiba ke masjid itu pada 12.24 tengah hari, disambut bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali, Saifuddin Shafi Muhammad.


Turut mengiringi perdana menteri ialah Exco Perumahan Borhan Aman Shah dan Pegawai Daerah Hulu Selangor, Yuhanas Auree Kamaruddin.


Anwar meluangkan masa beramah mesra dan berswafoto dengan tetamu sebelum menunaikan solat Jumaat bersama lebih 500 jemaah lain di masjid berkenaan.


Melalui hantaran itu, Anwar menjelaskan beliau mengambil kesempatan ini untuk menjalin ukhuwah bersama rakyat dan beramah mesra dengan warga di kawasan berkenaan.


"Terima kasih atas sambutan yang begitu meriah dan hidangan juadah seperti ayam, sate, lemang dan rendang yang menyelerakan," katanya.


Sementara itu Saifuddin dipetik laporan media berkata, jamuan anjuran Pejabat Menteri Besar dan pejabat penyelaras DUN Batang Kali diadakan bagi meraikan sambutan Aidilfitri bersama penduduk setempat.


"Kita mahu raikan penduduk sempena Aidilfitri dan menariknya mereka berpeluang bertemu dengan perdana menteri yang pertama kali hadir ke Batang Kali," katanya.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page