top of page

Ulang tahun pertama: PM harap politik stabil, tiada ganggu gugat



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Malaysia bakal menjadi negara hebat di rantau ini dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang.


Keyakinan itu dinyatakan beliau pada majlis kesyukuran sempena setahun pentadbiran Kerajaan Madani di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya (PPj), Presint 3, Putrajaya semalam.


"Alhamdulillah politik stabil dan doalah supaya empat tahun sehingga pilihan raya akan datang tidak ada ganggu gugat lagi," katanya dalam ucapan itu.

Anwar yang juga Menteri Kewangan sebelum itu tiba kira-kira pukul 6.15 petang dan disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Ali Zuki serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.


Difahamkan, lebih 5,000 hadir terdiri daripada rakyat pelbagai kaum, penjawat awam dan pelajar tahfiz hadir ke majlis yang meraikan tempoh setahun pentadbiran Kerajaan Madani di bawah pimpinan Anwar bersama parti komponen lain dalam PH, Barisan Nasional (BN); Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah dan beberapa parti lain.


Majlis dimulakan dengan jamuan makan diikuti solat Maghrib berjemaah, solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat.


Program kemudian diteruskan dengan amanat oleh Perdana Menteri sebelum majlis diakhiri dengan solat Isyak berjemaah.


Majlis diserikan dengan kehadiran isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.


Turut hadir Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar; Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page