'Ulang tahun mendekam di penjara, mari pulihkan negara'




Ramai yang masih ingat foto Ketua Umum KEADILAN ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim memeluk isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sejurus sebelum dipenjarakan selama 5 tahun, buat kali kedua di Penjara Sungai Buloh.


Semalam merupakan hari ulang tahun detik memilukan itu, dan pada kali ini Anwar berpesan agar rakyat meningkatkan keazaman menentang kezaliman dari penindasan penguasa yang korup.


"Semalam tarikh 10 Februari adalah tarikh yang amat mengesankan saya tatkala sekali lagi dihumban ke penjara.


"Pengalaman mendekam di penjara itu mengajar saya untuk kekal kuat dan teguh dalam menyuguh agenda rakyat meski diuji, diancam dan ditekan dengan dahsyat.


"Derita yang saya alami ketika itu masih kecil ketimbang derita ditanggung rakyat yang masih dirundung masalah kemiskinan dan peminggiran," katanya dalam catatan di Fecebook rasmi beliau.


Menurut Anwar, kesensaraan di penjara mengajar beliau untuk meneruskan tekad menyelamatkan negara dengan apa jua ikhtiar dan tidak akan menyerah kalah.


"Justeru itu, saya akan terus memperteguh tekad agar negara ini harus segera dipulihkan dan agenda reformasi itu mesti membela semua.


"I will not be silenced, i will fight on for freedom and justice and i will never surrender!" katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio