Ulang tahun ketiga: PMX berjaya bawa Malaysia MADANI ke pentas dunia
- Suara Keadilan
- 2 days ago
- 2 min read

Oleh: Noraini Nordin
Sorotan sempena tiga tahun Anwar jadi PM: Hari ini 24 November 2025 genaplah tiga tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 10 (PMX).
Beliau sebelum ini mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November 2022.
Pada waktu banyak pihak meramalkan beliau tidak mampu bertahan lama, hakikatnya sudah tiga tahun PMX berjaya mengharungi cabaran itu sehingga berjaya membina Kerajaan Madani menjadi terkenal ke seantero dunia.
Jika diizinkan Allah, sudah dijangka Anwar akan mampu menghabiskan tempoh penggalnya sehingga tahun 2027 yang akan datang sebelum Pilihan Raya Umum ke 16 diadakan.
Anwar tabah berdepan rintangan
Sepanjang tempoh tiga tahun memegang jawatan Perdana Menteri di sebalik banyak cabaran dihadapinya, Anwar terbukti seorang yang cekal berdepan apa jua rintangan.

Paling ketara ialah perjuangannya memerangi rasuah dengan banyak tangkapan ke atas 'jerung' dilakukan serta kejayaan mengutip lebih RM15 bilion wang yang diseleweng akibat rasuah dan ketirisan.
Sejak tiga tahun lalu, kedudukan ekonomi negara semakin bertambah baik, nilai ringgit kian mengukuh. Inflasi berjaya dikurangkan, kadar kemiskinan tegar semakin mengecil dan pelabur asing masuk melonjak tinggi.
Setiap kali lawatan keluar negara, yang dibawa pulang pastilah komitmen berbilion ringgit pelaburan untuk manfaat rakyat dan juga negara.
Gigih berusaha
Selain itu sejak memimpin negara, Anwar turut menaikkan gaji kakitangan awam, meningkatkan kadar gaji minima sektor swasta, harga petrol RON95 dijadikan lebih murah dan berjaya melaksanakan sebahagian besar perjanjian MA63 melibatkan Sabah dan Sarawak.
Apa yang nyata, Anwar sentiasa gigih berusaha dan tidak pernah berhenti daripada terus melakukan apa yang difikirkannya baik untuk negara ini.
Mudah-mudahan Allah sentiasa memberkati dan memberi kekuatan kepadanya, meski usianya makin hari makin bertambah.
Tahniah PMX teruslah memimpin Malaysia MADANI dengan jiwa teguh berani demi kesejahteraan rakyat.





