top of page

Ulang tahun kemenangan: PH tubuh jawatankuasa mantap gerak kerja 'gempur' Putrajaya

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 9, 2021
  • 3 min read

Pakatan Harapan (PH) menubuhkan beberapa jawatankuasa bagi menangani dan 'menggempur' isu-isu semasa sempena ulang tahun ketiga kemenangan bersejarah gabungan itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14, pada 9 Mei 2018.


Menurut kenyataan Majlis Setiausaha PH, jawatankuasa tersebut akan berusaha meningkatkan kempen kesedaran mengenai kebobrokan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak selayaknya meneruskan pemerintahan.


"Hari ini, tiga tahun lalu, dunia telah menyaksikan sejarah terlakar apabila rakyat Malaysia memilih untuk mengubah kerajaan secara demokratik di peti undi. Rasa takut dan gentar berubah menjadi satu kegembiraan yang tidak mudah dilupakan.


"Namun, tidak sampai dua tahun kemudian, pada ketika gelombang pertama wabak Covid-19 baru menular, para pengkhianat dan golongan oportunis telah bersatu untuk menubuhkan “kerajaan pintu belakang” melalui tindakan-tindakan sabotaj dan pengkhianatan.


"Kini kita lihat kerajaan tidak lagi mampu memimpin negara. Dari segi politik, mereka kekal sebagai kerajaan minoriti yang tidak stabil. Ekonomi negara terus muram dan lesu dengan timbunan hutang, kehilangan pelabur asing dan angka pengangguran terus meningkat. Dari segi kesihatan awam, kegagalan kerajaan menangani pandemik Covid-19 semakin ketara jika dilihat lembabnya program vaksinasi dan bersimpang siurnya arahan Perintah Kawalan Pergerakan," kata kenyataan itu.


Menurut Majlis Setiausaha PH, akibat kesilapan demi kesilapan kerajaan PN, rakyat kini dikompaun keterlauan, berlaku budaya ‘Antara Dua Darjat’ berleluasa; SOP caca merba; Darurat yang langsung tidak berjaya mengawal penularan pandemik dan keadaan dalam negara menjadi semakin kritikal.


"Rakyat mengharapkan satu perubahan besar, namun kelemahan pemerintah tidak bererti PH itu sendiri semakin kuat secara automatik.


"Oleh itu, sempena ulangtahun ke-3 kemenangan Pakatan Harapan, dan bersandarkan Ketetapan Port Dickson yang dibuat pimpinan utama, serta memahami keperluan memperkukuh gerak kerja PH, kami bersetuju PH menubuhkan beberapa jawatankuasa untuk menangani isu-isu semasa," kata mereka


Jawatankuasa-jawatankuasa yang akan ditubuhkan adalah seperti berikut:


Jawatankuasa Pendidikan


YB Dr Maszlee Malik (Pengerusi), Ahli Parlimen Simpang Renggam

YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Setiawangsa

YB Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Kulai

YB Datuk Dr Hasan Baharom, Ahli Parlimen Tampin


Jawatankuasa Kesihatan


YB DS Dr Dzulkefly Ahmad (Pengerusi), Ahli Parlimen Kuala Selangor

YB Dr Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng

YB Dr Kelvin Yii, Ahli Parlimen Bandar Kuching

YB Datuk Wira Dr Hatta Ramli, Ahli Parlimen Lumut

YB Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bayan Baru

YB Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Bangi


Jawatankuasa Ekonomi


YB Wong Chen, Ahli Parlimen Subang

YB Tony Pua, Ahli Parlimen Damansara

YB DS Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor


Jawatankuasa Keselamatan


YB Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Kota Raja

YB Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani

YB Senator Liew Chin Tong


Jawatankuasa Gender


YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan

YB Chong Eng, ADUN Padang Lalang

YB Senator Aiman Athirah


Jawatankuasa Belia


YB Akmal Nasir, Ahli Parlimen Johor Bahru

YB Howard Lee, ADUN Pasir Pinji

Sdr Shazni Munir


Jawatankuasa Kos Sara Hidup


YB Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang

YB Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, Ahli Parlimen Hulu Langat

YB Chong Chieng Jen, Ahli Parlimen Stampin


Jawatankuasa Perundangan


YB Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Sepang

YB William Leong, Ahli Parlimen Selayang

YB Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor


Jawatankuasa Mobilisasi


YB Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Kota Raja

YB DS Shamsul Iskandar, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya

YB Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam


Menurut kenyataan itu lagi, selain Jawatankuasa Pendidikan dan Kesihatan, pengerusi bagi jawatankuasa-jawatankuasa lain akan diumum selepas mesyuarat pertama jawatankuasa berkenaan.


Keanggotaan jawatankuasa juga, kata mereka, boleh dikembangkan untuk melibatkan pakar-pakar atau mana-mana pihak yang difikir bersesuaian dengan bidang serta tanggungjawab jawatankuasa berkenaan.


"Jawatankuasa ini akan bertindak meneliti dan menyediakan dasar-dasar PH. Pada masa yang sama, jawatankuasa-jawatankuasa baharu akan diumum dari semasa ke semasa


"Semoga kemenangan pada 9 Mei 2018 menjadi pencetus semangat perubahan dalam PH yang bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk PRU ke-15 tatkala pandemik reda kelak," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung Amanah Datuk Wira Dr Hatta Ramli dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page