top of page

Ulang tahun ke-4 kemenangan rakyat, PH persiap strategi hadapi PRU 15



Ulang tahun ke - 4 penubuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) atau kemenangan rakyat pada hari ini wajar diingati oleh seluruh rakyat Malaysia sebagai detik kemenangan kebenaran ke atas rejim kleptokrat BN setelah berkuasa 61 tahun.


Menurut Majlis Presiden PH, hari ini pada empat tahun lalu sebuah kerajaan baharu berjaya dibentuk atas semangat rakyat yang telah bersama-sama tanpa mengira latar belakang bangkit menolak Umno-BN


Kata mereka, ketika itu tiada siapa yang mampu menjangka perubahan bersejarah boleh berlaku. Malah ada penganalisa yang berkata BN akan menang mudah dengan majoriti 2/3 kerusi Parlimen.


"Bagaimanapun jelas semangat rakyat untuk melakukan perubahan pada saat itu telah memungkinkan perubahan yang amat bermakna dalam sejarah politik tanah air.


"Kejayaan yang ditempuh pada PRU14 mampu berlaku bila PH mengatur strategi terbaik, menjiwai hasrat dan denyut nadi rakyat, serta berusaha sepenuh daya meyakini para pengundi," kata mereka.


Malangnya menurut Majlis Presiden, pengkhianatan Langkah Sheraton harus mengajar pemimpin PH erti sebenar perjuangan.


Pengkhianatan itu wajib menyedarkan PH bahawa kemenangan maknanya menunaikan amanah dan tanggungjawab dengan cemerlang dan perlu berwaspada terhadap kelompok dan puak yang tidak senang dengan kemenangan rakyat.


"Majlis Presiden mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri yang kekal setia dengan prinsip perjuangan Pakatan Harapan.


"Pada masa yang sama, kami mengulangi pendirian bahawa Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti perlu dibentang dan diluluskan Parlimen bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi di Malaysia," kata mereka selepas mesyuarat bulanan Majlis Presiden PH di Wisma Amanah, petang tadi.


Ke hadapan, kata mereka, bagi mempersiapkan jentera PH serta membangkitkan semangat rakyat terutama pengundi atas pagar menuju PRU15, Pakatan Harapan akan membentuk Jawatankuasa Pilihanraya, Jawatankuasa Manifesto, dan Jawatankuasa Jelajah Harapan bagi membentuk momentum menjelang pilihan raya.


"(Dalam hal ini) Pakatan Harapan juga komited untuk menghormati Perjanjian Malaysia 1963. Terbentuknya Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 adalah berdasarkan kepada persefahaman dan niat ikhlas di kalangan pemimpin-pemimpin pengasas kita terdahulu untuk melihat sebuah negara Malaysia yang kemakmuran dan kemajuannya dapat dirasai bersama oleh seluruh rakyatnya.


"Segala peruntukkan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hak istimewa kepada Sabah dan Sarawak perlu dilaksana seperti perkara 112C dan 112D yang mana tafsirannya perlu dibuat berdasarkan niat Perlembagaan dan bukannya dibuat untuk menidakkan hak Sabah dan Sarawak," kata mereka lagi.


Justeru, Majlis Presiden PH bertekad akan akan melipat gandakan usaha, merangkul seluruh kekuatan pembangkang untuk memastikan PRU15 sekali lagi menjadi milik rakyat.




0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page