top of page

Ulang tahun ke 25: Reformis teruskan menjiwai idealisme reformasi - Anwar



Reformis dialu alukan untuk terus menjiwai semangat dan idealisme reformasi sempena ulang tahun ke-25 gerakan tersebut yang disambut September ini.


Hal itu diungkap dalam rakaman video Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipertontonkan dalam majlis Sambutan 25 Tahun Reformasi dan Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, Wanita dan AMK KEADILAN Negeri Selangor, malam tadi.


"Saya ingin mengingatkan rakan rakan bahawa semangat perjuangan idealisme reformasi harus kental dan tetap semarak di hati sanubari kita


"Kita lalui zaman yang penuh cabaran dan getir, itu adalah ledakan suara reformasi.


"Saya harap rakan rakan reformis awal dan anak anak muda dapat terus menjiwai semangat perobahan untuk menyelamatkan bangsa dan negara, dan kekal hidup sebagai negara yang bersatu dan memacu pertumbuhan menjadi negara yang maju cemerlang di rantau kita," kata Anwar yang pada waktu ini berada di New York menghadiri persidangan Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu.


Dalam ucapan itu juga, Pengerusi Pakatan Harapan itu mengucapkan penghargaan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari kerana penganjuran majlis jubli perak reformasi bagi mengenang pejuang pejuang awal yang turun ke jalan raya.


"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan kepada saudara Amirudin Shari Pengerusi Perhubungan Selangor yang juga Naib Presiden yang menjadikan acara ini sebagai acara untuk mengingat, menyantuni dan menghargai pejuang reformasi awal," katanya lagi.


Dalam majlis tersebut Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor memberi anugerah penghargaan kepada pejuang awal reformasi sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page