Ulang tahun Jubli Perak KEADILAN diteruskan pada 11 Mei
- Redzuan Shamsudin
- Apr 21, 2024
- 1 min read

Sambutan ulang tahun ke 25 penubuhan KEADILAN akan diteruskan dengan pameran liku liku perjuangan parti pada 11 Mei ini.
Pengerusi Sambutan 25 Tahun KEADILAN, Wong Chen berkata, pameran tersebut dan acara serta ucapan pimpinan pada sebelah malamnya akan diadakan di Sentul Depot, Kuala Lumpur.
Beliau berkata, parti memilih lokasi tersebut kerana kosnya tidak tinggi dan sesuai dengan imej KEADILAN sebagai parti pro rakyat yang tidak akan membazir dalam melaksanakan sebarang acara sambutan.
Manakala tema sambutan pula adalah mengenang jasa para pejuang reformasi dan pengerak parti yang telah berusaha selama dua dekad sehingga KEADILAN menjadi parti peneraju politik Malaysia.
"Tema untuk teruskan perjuangan reformasi, dan yang penting mengingati jasa otai kita.
"Pada masa sama menonjolkan parti kita ini sebagai parti yang menolong rakyat, parti derita. Bukan parti elit.
"Oleh itu makanan pun simple sahaja. Gerai sahaja cukup, pick up your own food," katanya.
Untuk pameran pada hari berkenaan, tambah Wong Chen, beliau menyerahkan tugas perancangan kepada kartunis politik terkenal, Zunar, manakala pada sebelah malamnya akan diadakan ucapan pimpinan, persembahan muzik dan mungkin letusan bunga api.
Pameran 11 Mei terdapat dua peringkat, untuk rakyat dari 9.00 am hingga 5.00 pm dan pada sebelah malam untuk jemputan khas seramai 3,500 orang dari 6.30 pm hingga 10pm.
Commentaires