top of page

Ulang tahun 9 Mei kemenangan rakyat, bersatu padu menuju PRU 15



Tarikh 9 Mei 2018 merupakan detik kemenangan perjuangan reformasi meruntuhkan kleptokrat Umno BN.


Namun menurut Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah, Ginie Lim, kemenangan Pakatan Harapan malangnya hanya bertahan 22 bulan sebelum pemimpin rakus kuasa berkhianat dan membentuk kerajaan baharu bersama kleptokrat


"9 Mei 2018 hari penting dalam sejarah politik negara. Rakyat Malaysia berjaya menentang kerajaan kleptokrat di bawah rejim Umno BN untuk memberi mandat kepada kuasa politik baru bagi merealisasikan agenda sebuah negara yang bebas rasuah, demokratik dan adil untuk semua.


"Namun mandat rakyat tidak bertahan lama akibat pengkhianatan wakil rakyat yang jatuh ke dalam perangkap rampasan kuasa Umno.


"Kemenangan rakyat lesap dicuri oleh kumpulan kleptokrat meninggalkan kesan trauma buat pejuang dan penyokong keadilan dan demokrasi. Ramai hilang keyakinan terhadap sistem pilihan raya sepertimana berlaku dalam siri pilihan raya negeri seterusnya," kata beliau dalam satu kenyataan.


Meskipun rentetan pengkhianatan itu KEADILAN berpecah, kata Ginie, namun kecekalan anggota yang terus setia berjaya membina kembali parti menuju Pilihan Raya Umum ke 15.


Sehubungan itu, katanya, Pemilihan KEADILAN 2022 kali ini perlu digunakan oleh anggota sebaik baiknya dalam mencari pemimpin yang layak menerajui parti.


"Syukur ramai tetap setia dengan perjuangan parti dan terus bersabar serta fokus melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat, pimpinan dan anggota parti walaupun melalui waktu susah dan mencabar. Hanya dengan menginsafi bahawa kita semua adalah mangsa percaturan politik Umno-BN dan mengambil sikap bermuhasabah diri akan menjadikan kita kuat untuk bersama-sama mengatasi perasaan marah dan luka.


"Kita tidak dapat memutar balik apa yang telah berlalu, namun kita dapat mengejar apa yang ada di depan mata dengan menggilap idealisme Reformasi. Pemilihan Parti 2022 membuka ruang dan peluang untuk parti kembali kuat dan utuh melalui perpaduan pimpinan dan anggota bekerjasama secara berpasukan bagi mendepani PRU15


"Dengan ini, saya dan teman-teman menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatankuasa Cabang Alor Gajah dan saya akan mempertahankan jawatan Ketua Cabang Alor Gajah bagi membantu Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatupadukan anggota parti, menyemarakkan semangat jentera parti dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap perjuangan parti," katanya lagi.


Ginie berharap pemilihan kali ini berlangsung dalam suasana harmoni dan kasih sayang tanpa perpecahan sebagaimana 2018.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page