Parti Keadilan Rakyat yang menyambut ulang tahun ke 23 hari ini perlu terus menjadi jurubicara rakyat marhaen khususnya.
Menurut Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pemilihan KEADILAN 2022 pula harus menjadikan parti berkali ganda lebih kuat daripada sebelumnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15.
"Acara pemilihan yang akan datang harus dimaknai dengan idealisme serta latar yang berlandaskan hukum dan hak rakyat dalam mempersiapkan parti ke arah pilihanraya umum yang akan datang.
"Wadah ini mesti terus di depan menjadi jurubicara rakyat serta warga yang tertindas.
"Selamat ulangtahun ke-23 buat KEADILAN," katanya dalam ucapan ulang tahun penubuhan.
Untuk rekod, KEADILAN ditubuhkan pada 4 April 1999 dengan nama Parti Keadilan Nasional (KeADILan). Pada 2003, KeADILan bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia membentuk Parti Keadilan Rakyat.
Comments