Ulama Sunni-Syiah berkumpul di Malaysia perjuangkan Palestin
- Suara Keadilan

- 1 hour ago
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Satu inisiatif bersejarah dalam usaha penyatuan ummah berjaya direalisasikan apabila ulama Sunni dan Syiah dari pelbagai negara, dipertemukan dalam satu forum ilmiah demi memperkukuh solidariti terhadap Palestin.
Penggerak Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bagi rantau Asia Tenggara, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, program berkenaan diadakan bertujuan untuk mencari titik penyatuan ummah meskipun berbeza mazhab.
"Alhamdulillah berjaya mempertemukan ulama Sunni dan Syiah demi Palestin.
"Hampir 30 pembentang dari pelbagai negara menyertai (forum ini). Ucapan terima kasih atas keberangkatan hadir Paduka Puteri Tunku Hajjah Mariam Zaharah ibni Almarhum Sultan Iskandar (Adinda Sultan Ibrahim).

"Terima kasih juga atas kehadiran Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu," katanya dalam satu muat naik di media sosial.
Program tersebut telah diadakan di sebuah hotel di Shah Alam kelmarin yang turut dihadiri Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid, Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa; Penasihat Umum AMANAH, Datuk Seri Ahmad Awang dan Timbalannya, Datuk Abdul Ghani Samsudin.
Dalam catatan sama, Ustaz Mohd Fakhrulrazi yang juga Mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, turut memohon maaf atas sebarang kekurangan sepanjang menguruskan dan mengendalikan penganjuran program berkenaan.









Comments