top of page

Ulama sebenar tiup kesedaran ilmu, bukan adu domba - Anwar



Ulama menguatkan pemerintahan sekiranya meniupkan kesedaran ilmu dan membina masyarakat menjadi lebih bertamadun.


Hal itu diungkapkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menyimpulkan syarahan dua ulama tersohor, Mantan Mufti Agung Mesir, Al-Imam al-Allamah Prof Dr Ali Juma’ah dan Pengasas Dar Al Mustafa, Tarim, Yaman, Al-Allamah Habib Umar bin Hafidz dalam majlis Muzakarah Ulama-Umara di Shah Alam, Selangor petang tadi.


"Saya menyatakan dalam pengalaman singkat dunia politik dan kenegaraan ini, kita tidak boleh terlepas daripada usaha mengangkat dan meniupkan kesedaran tradisi ilmu.


"Saya ikuti kuliah mereka di sini dan tentunya kupasan mereka kita bertambah yakin kalau orang itu benar benar berilmu, dari kategori ulama, dia tidak membawa politik adu domba dan perpecahan atau permusuhan.


"Dia lebih kepada didikan kasih sayang dalam erti kata sebenar. Sebab itu bagi kita dan negara, satu penghargaan diberikan kepada mereka," katanya.


Dalam sesi itu, kedua dua ulama besar tersebut memberi panduan kepada kerajaan Selangor dan Malaysia bagaimana memerintah secara yang benar menyelesaikan hal hal dalam negara menurut hukum Islam.


Syeikh Ali Jum’ah antara lain menyatakan perubahan yang baik oleh gandingan Ulama-Umara harus dimulakan daripada diri sendiri. Beliau juga mengingatkan agar Ulama-Umara istiqamah bersama sama pada waktu susah dan senang.


Manakala Habib Umar menyentuh kepentingan tarbiah keluarga melalui uslub yang betul sebagai asas kepada perkara yang lebih besar.


Dr Ali Juma’ah menghadiahkan kitab kepada DS Anwar sambil disaksikan DS Amirudin dan Habib Umar

PM turut senang dengan keberanian ulama untuk menyatakan kebenaran sesuai dengan agenda Malaysia Madani yang sedang dibangunkan di negara ini.


"Sering kali kita berucap dan orang mendengar. Dalam majlis seperti ini kita bercakap pendek kemudian kita mendengar, terutama ulama ulama besar yang tidak mudah untuk dibawa ke Malaysia. Dr Ali Juma’ah ini bertahun tahun dia menunggu untuk datang.


"Ulama harus bicara dengan berani, menegur dengan ikhlas dan kita akan mendengar. Ada hal kita mungkin setuju tetapi tidak laksanakan segera kerana tahap kefahaman umat (kelemahan pemahaman) juga satu hal. Tetapi saya yakin kita di landasan yang baik," katanya.


Di samping itu, Anwar juga menekankan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Madani untuk meningkatkan syiar Islam.


Katanya, buat pertama ditambah peruntukan yang sangat besar melalui JAKIM untuk perbaiki semua sekolah agama dan maahad tahfiz. Kerajaan juga berikan ruang lebih baik kepada para duat, imam untuk menentukan dakwah itu berkesan.


"Selain itu beberapa dasar kita tentang amanah, ihsan, kemampanan negara dari segi ekonomi akan kita teruskan dengan mengutanakan soal nilai dan akhlak. Sebab orang bicara soal ekonomi atau pendidikan, diketepikan nilai atau akhlak.


"Oleh kerana negara simpang siur begitu lama maka ia (perubahan) memerlukan satu tekad yang sungguh sungguh, satu keberanian, sikap untuk menentukan islah ke arah kebaikan dan mampu dilaksanakan secara bersungguh sungguh," katanya.


Anwar dalam pada itu turut menekankan kepentingan untuk meneruskan majlis muzakaha Ulama - Umara itu melalui budaya ilmu agar memberi pencerahan dan kesedaran kepada masyarakat.


Dalam hal kontroversi, beliau juga berpuas hati mendegar kupasan tokoh besar Islam tentang penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam.


Cuma, katanya, di Malaysia telah ditetapkan oleh Mufti dan Majlis Raja Raja berkenaan penggunaan kalimah Allah berkenaan.


"Maksudnya, umat Islam dalam Semenanjung Tanah Melayu sahaja boleh gunakan kalimah Allah untuk mengelakkan kekeliruan dan masalah dakyah agama lain, maka agama lain tidak diizinkan. Kemudian untuk Sabah dan Sarawak, ada sedikit kelonggaran dengan syarat-syarat yang ketat supaya tidak timbul kekeliruan.


"(Kalimah Allah) boleh dibahas, tetapi dalam majlis tertutup, (perbahasan mengenainya) tidak patut mengelirukan umat. Tetapi, kita (kerajaan) masih dituduh menggadaikan dan mengkhianati amanah rakyat," katanya.


Majlis Muzakarah yang diadakan bersempena dengan Festival Turath Islami Selangor itu dianjurkan hasil idea Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari yang mahukan syiar Islam yang tidak diherot dari sudut politik dihayati rakyat Selangor.


Turut hadir adalah Menteri Luar Negeri, Menteri Pendidikan, Menteri Agama, para agamawan dari pelbagai latarbelakang dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page