top of page

Dasar, perundangan buruh seiring piawaian antarabangsa - Steven Sim

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 4
  • 1 min read

ree

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) optimis lawatan rasmi kementerian itu ke Geneva, Switzerland akan memberi impak positif dalam usaha mengangkat martabat pekerja, memperkukuh daya saing negara serta mempersiapkan tenaga kerja Malaysia untuk menghadapi cabaran ekonomi masa hadapan.


KESUMA menerusi satu kenyataan memaklumkan, lawatan yang diketuai Menterinya, Steven Sim Chee Keong hari ini adalah untuk menghadiri Persidangan Buruh Antarabangsa (ILC) anjuran Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).


"Di Geneva, Menteri (Steven Sim) dijadual menyampaikan pidato umum di ILC selain bertemu rakan sejawat dari negara-negara ASEAN.


"Beliau turut mengadakan pertemuan dua hala dengan wakil dari China, India, Nepal dan Qatar untuk memperkukuh kerjasama dalam isu-isu mobiliti pekerja dan pengurusan buruh rentas sempadan," maklum kementerian itu.


Dalam kenyataan sama, KESUMA berkata, penyertaan Malaysia dalam persidangan tahunan itu mencerminkan komitmen berterusan negara untuk memastikan dasar dan perundangan buruh sentiasa seiring dengan piawaian antarabangsa.


Katanya, langkah itu penting dalam memperkukuh perlindungan pekerja, meningkatkan kesejahteraan tenaga kerja serta merangsang kerjasama strategik dalam bidang pembangunan modal insan.


"Sepanjang misi rasmi ini, delegasi Malaysia turut mengadakan libat urus strategik bersama pelbagai pihak antarabangsa.


"Antara tumpuan utama adalah penglibatan aktif Malaysia bersama World Economic Forum (WEF), termasuk pelancaran strategi nasional TalentCorp dalam menangani isu-isu bakat.


"Malaysia turut menyertai inisiatif Gender Parity Accelerator yang bertujuan meningkatkan penglibatan wanita dalam tenaga kerja negara," ujar kementerian itu lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page