top of page

"Saya komited proses undang-undang, kebebasan kehakiman" - Anwar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 4
  • 2 min read

ree

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau komited sepenuhnya kepada keluhuran undang-undang dan kebebasan badan kehakiman meskipun Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonannya untuk merujuk lapan persoalan perlembagaan susulan satu saman sivil terhadapnya.


Perdana Menteri berkata permohonannya kepada mahkamah bukan bertujuan untuk mencari kekebalan peribadi atau mengelak daripada penelitian undang-undang.


"Saya tetap komited sepenuhnya kepada keluhuran undang-undang, kebebasan badan kehakiman dan maruah pemerintahan demokratik.


"Proses undang-undang akan diteruskan dan saya akan terus melaksanakan tanggungjawab saya tanpa sebarang gangguan atau kompromi," kata beliau dalam hantaran di Facebook hari ini.


Perdana Menteri menjelaskan perkara itu berkaitan integriti sistem Perlembagaan negara serta keperluan untuk memastikan bahawa penjawat tinggi perkhidmatan awam dilindungi daripada tindakan undang-undang yang mungkin bersifat strategik, bermotifkan politik atau mengganggu institusi.


Dalam pada itu, peguam yang mewakili Anwar berkata pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.


Datuk Seri K Rajasegaran memberitahu, notis rayuan tersebut akan difailkan setelah pihaknya tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi atas alasan hal itu akan menjejaskan fungsi eksekutif Anwar sebagai perdana menteri.


Media tempatan hari ini melaporkan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menolak permohonan Anwar bagi merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 128(2) Perlembagaan Persekutuan antaranya sama ada perdana menteri mempunyai imuniti daripada tindakan saman.


Rujukan persoalan undang-undang itu berkaitan saman sivil difailkan bekas penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther berhubung dakwaan serangan seksual yang didakwa berlaku tujuh tahun lalu.


Hakim Roz Mawar Rozain membuat keputusan itu selepas mendapati persoalan yang dikemukakan tidak memenuhi peruntukan Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang mewajarkan ia dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan.


"Dari sudut kehakiman, persoalan yang dikemukakan tidak memenuhi ambang kontroversi Perlembagaan yang tulen," katanya.


Hakim berkata persoalan yang dikemukakan adalah bersifat spekulatif dan tidak perlu bagi pelupusan kes saman berkenaan serta tidak membabitkan tafsiran atau keabsahan mana-mana peruntukan Perlembagaan.


Beliau berkata, Anwar selaku defendan masih bebas dengan kapasiti undang-undang penuh dan perlindungan prosedur yang tersedia di mana ia tidak membabitkan Perkara 5(1).


Hakim turut menolak hujah pihak defendan bahawa tindakan membenarkan saman sivil berdasarkan dakwaan salah laku sebelum pelantikan boleh menjejaskan keupayaan Perdana Menteri menjalankan fungsi eksekutif.


Beliau turut menjelaskan, Perkara 43 tidak memperuntukkan sebarang imuniti kerana ia hanya menyentuh aspek pelantikan dan tempoh jawatan tanpa menyatakan perlindungan daripada prosiding kehakiman.

Коментарі


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page