top of page

Makcik Kiah jual goreng pisang tidak perlu pakai tong gas 'purple'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 4
  • 2 min read


Oleh: Helmi Mohd Foad


Peniaga kecil tidak perlu menggunakan bekalan tong gas berwarna ungu sebaliknya boleh terus memakai gas tong hijau bersubsidi, demikian jelas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Dr Fuziah Salleh.


Beliau berkata, peniaga terbabit masih layak menikmati gas bersubsidi sekiranya menggunakan bahan bakar itu dalam kapasiti tidak melebihi tiga tong atau maksimum 42kg dalam satu-satu masa.


"Peniaga kecil macam 'Makcik Kiah' masih boleh guna tong gas hijau (subsidi). Syaratnya, tidak lebih daripada tiga tong gas 14kg pada satu masa (jumlah maksimum 42kg)


"Kalau Makcik Kiah guna satu tong untuk goreng pisang, satu untuk mi, satu untuk air, masih layak guna tong hijau bersubsidi. Tak perlu tukar ke tong purple," jelas beliau secara mudah dalam hantaran di Facebook hari ini.


Fuziah yang tidak mahu peniaga terkeliru menjelaskan bahawa tong gas “purple” (tanpa subsidi) hanya diwajibkan kepada pengguna industri dan komersial berskala besar seperti restoran besar, kilang, hotel dan seumpamanya.


"Jadi, janganlah kita takut-takutkan rakyat dengan info kurang tepat.


"Yang penting, bantuan kerajaan sampai kepada yang benar-benar layak dan subsidi terus dinikmati oleh golongan kecil dan sederhana," katanya.


KDPN dalam kenyataan sebelum ini berkata operasi Gas Memasak (Ops Gasak) sedang berlangsung dari 1 Mei hingga 31 Oktober ini dengan fokus utama bagi membanteras aktiviti haram decanting, penyeludupan dan penggunaan oleh industri berskala besar dan sederhana.


Operasi yang dijalankan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 iaitu PPKB (Pindaan) 2021 tidak melibatkan sebarang dasar dan peraturan baharu, apatah lagi pemotongan serta pemansuhan subsidi seperti didakwa pihak tertentu.


Sebelum ini di bawah pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional pada 2021, pindaan telah dibuat terhadap Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan.


Antara peruntukan pindaan adalah penetapan had sekatan kepada penggunaan dalam perdagangan atau perniagaan.


Khusus berkaitan LPG, PPKB (Pindaan) 2021 telah memperuntukkan bahawa penggunaan melebihi 42kg pada satu-satu masa memerlukan permohonan Permit Barang Kawalan Berjadual.


Ini bermaksud mana-mana pihak yang menggunakan lebih daripada 42 kg (melebihi tiga tong bersaiz 14kg) perlu memohon permit dan tidak boleh menggunakan silinder LPG bersubsidi.


PPKB (Pindaan) 2021 telah berkuat kuasa sejak 15 Oktober 2021.


Dalam pada itu, terdapat pandangan bahawa Peraturan 2021 tersebut membawa impak kepada kos perniagaan para peniaga jualan makanan dan minuman yang akhirnya disebutkan akan memberi kesan kepada harga jualan mereka sekiranya mereka tidak dibenarkan menggunakan tong bersubsidi.


Pengenalan tong gas ungu tidak bersubsidi bagaimanapun telah dijadikan modal "tunggangan" pembangkang apabila mendakwa kerajaan telah menarik subsidi dan menindas golongan peniaga kecil dan memberikan amaran bahawa harga makanan akan melambung naik.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page