top of page

Ulama Kelantan tolak 'turun Anwar', mahu PMX selamatkan ekonomi Malaysia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 20
  • 2 min read

Ulama dari Kelantan Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah mahu PMX dipertahankan
Ulama dari Kelantan Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah mahu PMX dipertahankan

Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Di sebalik keghairahan pembangkang mahu berdemo 'Turun Anwar', ulama tersohor Kelantan mahu PMX terus dikekalkan demi kesejahteraan Malaysia.


Pendirian ulama tersebut secara langsung menolak gerakan serta hasutan yang sengaja mahu menjatuhkan Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia.


Blok pembangkang kebelakangan ini makin ghairah bercakap berkenaan demonstrasi Turun Anwar yang bakal mereka adakan pada 26 Julai ini.


Meskipun hari-hari bercakap berkenaan isu tersebut, tetapi tidak pernah mereka berani mengusulkan undi tidak percaya di Parlimen.


Walaupun hakikatnya mereka sedar tempat paling tepat untuk menurunkan Perdana Menteri ialah di Parlimen, bukan melalui demonstrasi awam.


Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri berulangkali menegaskan - jika mahu menjatuhkan beliau - "bawalah usul undi tidak percaya di Parlimen".


PMX tidak akan undur


Melalui demonstasi atau desakan di tempat awam, tegas Perdana Menteri, beliau sama sekali tidak akan berundur kerananya.


“Saya bukan curi duit rakyat, tiada sebab untuk saya berundur,” tegas PMX lagi.


Dalam pada itu, walaupun demo Turun Anwar rancak digendangkan, sokongan Ahli-Ahli Parlimen sebenarnya tidak pernah berkurangan.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini berkata Anwar memiliki sokongan 154 Ahli-Ahli Parlimen dan dengan itu tiada sebab beliau perlu meletakkan jawatan.


Terbaru, ulama pondok di Kelantan juga senada dengan pendirian pelbagai pihak lain yang mahu Anwar terus dikekalkan memimpin negara ini.


Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah menyuarakan harapannya itu ketika pembangkang terus berusaha mahu menjatuhkan Perdana Menteri menerusi himpunan di Kuala Lumpur pada 26 Julai depan.


Sokongan penuh kepimpinan Anwar


Menurut penasihat Kesatuan Pondok Kelantan itu, perubahan kerajaan yang terlalu kerap hanya akan menjejaskan kehidupan rakyat termasuk perkembangan sekolah pondok dan menyebabkan ekonomi menjadi malap.


“Kekerapan bertukar kerajaan menjadikan dasar berubah dan menyebabkan pondok pun lemah dan malap.


“Ekonomi malap. Ini bukan cara Islam,” katanya dalam ceramah pada Program Malaysia Bermunajat 2025 di Masjid Putra, Putrajaya, malam tadi.


Sheikh Wazir seterusnya menyifatkan kehadiran yang ramai dalam program keagamaan malam tadi menunjukkan sokongan sepenuhnya kepada kepimpinan Anwar yang mengetuai Kerajaan Perpaduan sejak penghujung 2022.


“InsyaAllah semua rintangan dan cabaran di negara ini dapat diselamatkan.


“Kerajaan pimpinan Datuk Seri (Anwar) dapat diselamatkan,” katanya yang telah menjalin perkenalan dengan Anwar sejak sekian lama.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page