top of page

'Ulama berpolitik, fatwa berubah, politik Islam bukan akidah' - Mat Sabu





Politik Islam Pas tidak jauh berbeza dengan politik lawannya yang mereka gelar sebagai perjuangan sekular.


Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, politik Pas yang dasarnya Islam dan dikatakan tidak berbelah bahagi, mantap seperti akidah namun dalam beberapa tahun kebelakangan ini, katanya, terbukti fatwa ulama parti itu telah beberapa kali berubah.


"(Misalnya) menjelang tahun 2018 Pas mendekati Umno, bahkan mereka menubuhkan Muafakat Nasional (2018). Pemimpin Pas menyanyi lagu Umno. Musyidul Am Pas menyatakan berkawan dengan Umno satu anugerah Allah.


"Kalau akidah dia tak berubah, kita sembahyang 5 waktu, datanglah siapa memerintah pun tetap 5 waktu. Puasa bulan Ramadan, tak boleh ubah puasa bulan Zulkaedah. Itu akidah. Tetapi politik lain, dia boleh berubah, sebab itu anak anak muda jangan pegang orang politik ini


"Orang politik banyak pembohong. (Dulu) kami tidak makan sembelihan orang Umno, bila mereka (pemimpin Pas) berbaik dengan Umno, (dikatakan) anugerah Allah," kata Mohamad dalam ucapan sempena jamuan rumah terbuka Aidilfitri Amanah Kedah di Alor Setar pada hari raya kedua lalu.


Menurut Mohamad lagi, Pas pernah melabelkan Umno sebagai ahzab, atau barisan musuh yang menentang perjuangan Islam.


Hadirin yang ramai menghadiri rumah terbuka memungkinkan berlaku perubahan arus sokongan di Kedah

Hal itu, katanya, masih segar di fikirannya pada era 1980an hingga 2010. Namun kemudian, katanya, Pas mengubah pendirian berkerjasama dengan umno kerana memikirkan kuasa pemerintahan dan bukannya atas dasar Umno atau sekutunya telah berubah menjadi islamik seperti Pas.


"Dulu masa kami dalam Pas siapa kumpulan ahzab? Ketua ahzab Umno, siapa lagi MCA, MIC, Sabah dan Sarawak


"Sekarang ini kumpulan ahzab berubah. Ahzab sekarang KEADILAN, Amanah, DAP, Umno.


"Sebab itulah kalau ulama berpolitik ini jangan percaya fatwa mereka. Fatwa mereka berubah. Mungkin 3 tahun lagi... "DAP sahabat kite"


"Orang bawah berkelahi, tengok Umno kita cukup marah dulu. Tok Guru kata Umno bukan golongan kami. Nabi tak mengaku umat. Kami pegang. Baru kami tau, kami kena tipu. Tengok mereka berpeluk dengan puak Umno masa itu," katanya.


Sehubungan itu, Ahli Parlimen Kota Raja itu mahu anak muda yang tersalah pilihan menyokong Pas pada Pilihan Raya Umum ke 15 lalu agar tidak lagi berbuat demikian dalam pilihanraya akan datang.


"Jadi anak muda yang terpengaruh dalam pilihanraya lepas, pakat berhenti dari pengaruh itu. Membohong. Sekarang ini Umno musuh kita (ratib Pas), DAP musuh kita. Dua tahun lagi belum tahu apa akan berlaku," katanya.


Sebaliknya, Mohamad berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau nilai setakat 6 bukan berkuasa tidak berbohong mengenai janji perubahan yang beliau akan bawa sekiranya dilantik sebagai PM.


"Selama hampir 6 bulan saya nampak Datuk Seri Anwar 'dia kota apa dia cakap'. Minggu pertama mesyuarat kabinet dia kata kita kena hapuskan miskin tegar tahun ini. Saya kata bolehkah, berapa tahun mereka (BN) cuba hapus tak boleh. Dia kata boleh, tak boleh, buat tahun ini


"Kami Menteri semua kena cari jalan macam mana nak hapus miskin tegar tahun ini. Jadi ukur dia selepas dapat kuasa.


"Kalau ada penyelewengan terserah kepada rakyat," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page