top of page

Ukhuwah Nusantara: Amirudin hadiri Majlis Zikir Perdana di Masjid Istiqlal, Jakarta

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 9 minutes ago
  • 1 min read

DS Amirudin bersama Menteri Wakaf Mesir, Sheikh Dr Usamah As Sayyid
DS Amirudin bersama Menteri Wakaf Mesir, Sheikh Dr Usamah As Sayyid

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari terus menyemarakkan semangat ukhuwah nusantara dengan menghadiri Majlis Zikir Perdana Kebangsaan di Masjid Istiqlal, Jakarta pada Ahad.


Menerusi satu hantaran di laman Facebooknya Amirudin memaklumkan, kehadiran ke majlis itu atas jemputan Ketua Umum Jam’iyyah Ahlith Thoriqoh Al Mu’tabaroh Ahlussunnah Wal Jamaah (JATMA ASWAJA), Maulana Al Habib Muhammad Luthfi Yahya.


"Majlis penuh keberkatan itu menghimpunkan lebih 100,000 umat Islam dari seluruh Nusantara dan Asia Tenggara.


"Majlis berlangsung dalam suasana damai dengan laungan selawat, zikir dan doa agar rantau Nusantara serta Asia Tenggara kekal stabil, aman dan makmur," kata Naib Presiden KEADILAN itu.


Acara yang diadakan itu sempena sambutan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Indonesia ke-80 yang bakal disambut minggu depan.


Antara pimpinan tertinggi Indonesia yang hadir termasuk Menteri Koordinator Bidang Pangan (Pertanian), Dr Zulkifli Hasan; Menteri Agama, Prof Dr Nasaruddin Umar dan pemimpin utama dari pelbagai wilayah.


Pada akhir acara tersebut Amirudin berkesempatan menyantuni Menteri Wakaf Republik Arab Mesir, Sheikh Dr Usamah As Sayyid Ahmed Muhammad Al-Azhary, yang sebelum ini pernah berkunjung ke Shah Alam.


Sebagai rekod, Selangor sedang komited memperkukuhkan usaha mengembangkan pengajian kitab warisan ilmu Islam dan mengumpul khazanah ilmu dalam mendepani cabaran dan kekeliruan berkaitan Islam di zaman moden.


Usaha itu dibuktikan menerusi peruntukan dana RM3 juta disalurkan Kerajaan Negeri untuk menubuhkan Pusat Pengembangan Turath Nusantara Selangor (PETUNAS).


Sementara Amirudin menerusi hantaran itu berharap, kehadirannya ke majlis itu akan menjadi jambatan diplomasi mengukuhkan hubungan Malaysia–Indonesia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page