top of page

Ujian saringan Covid Selangor: Cadang kerajaan tambah mesin kod bar SELangkah


Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar (gambar, dua dari kanan) mencadangkan agar ditambah mesin pencetak kod bar SELangkah pada program ujian saringan Covid 19 percuma yang diadakan di setiap DUN negeri Selangor.


Katanya, berlaku kesesakan apabila jumlah rakyat yang ingin mengambil ujian RTK Covid 19 begitu banyak sejak saringan kali kedua yang ditawarkan secara percuma bermula beberapa minggu lalu.


"Persiapan kita urus bersama, cuma mesin untuk keluarkan bar code dari pihak SELangkah perlu dibanyakkan kerana kami dapat maklumat hingga hari ini sebanyak 2,000 orang mendaftar. Yang datang ramai dan mereka terpaksa menunggu lama kerana sistem bar code ini hanya ada satu. Saya minta selepas ini perlu ada mesin yang lebih untuk mempercepatkan proses.


"2,000 mendaftar melalui sistem SELangkah. Daftar manual pun ada. Golongan dari DUN Seri Setia malah ada dari DUN Taman Medan. Dulu kita buat tak seramai ini. Bila Kerajaan Negeri buat kali kedua semua datang, curiga dengan keadaan diri sendiri," katanya ketika melawat program saringan Covid 19 percuma di kampung Lindungan, semalam.


Katanya, biar pun hanya ujian RTK namun bila diadakan secara percuma maka peserta boleh merujuk kepada klinik kesihatan sekiranya mempunyai gejala


Beliau menganggarkan 3,000 orang akan mengambil ujian itu sepanjang hari. Pendaftaran dilakukan secara aplikasi SELangkah dan manual.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page