top of page

Ujian kualiti panggilan selular: Fahmi naik bas dari KL ke Putrajaya



Oleh: Helmi Mohd Foad


Isu berkaitan panggilan telefon bimbit tiba-tiba terputus yang dibangkitkan oleh orang ramai mendapat perhatian Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.


Bagi meneliti masalah itu dengan lebih dekat, beliau hari ini menyertai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) melaksanakan Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular (panggilan suara) hari ini.


Ujian itu dilakukan bagi menguji capaian rangkaian yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi di negara ini dalam menangani isu berkenaan yang menjadi rungutan beberapa pihak sebelum ini.


Turut serta dalam pelaksanaan ujian itu ialah timbalan menteri, Teo Nie Ching.


Ujian itu dilakukan dengan mereka dibawa menaiki bas dari Bangunan Parlimen ke Kementerian Komunikasi di Putrajaya bagi meneliti sendiri kualiti panggilan telefon bimbit sama ada memuaskan atau sebaliknya.


Fahmi dalam ucapan ringkasnya di pekarangan bangunan Parlimen berkata ujian dilaksanakan oleh pegawai-pegawai SKMM yang terlatih dengan menggunakan peralatan khas pengujian Nemo Walker Air.


Katanya terdapat dua set Nemo Walker Air digunakan untuk dua jenis ujian iaitu panggilan berturutan dan panggilan berterusan.


Turut hadir Pengerusi SKMM, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan pengurusan kanan syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan mudah alih iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Unifi Mobile (TM Tech) dan Yes (YTL Communication) dan Telekom Malaysia.


Kira-kira 30 pengamal media turut dibawa menaiki bas berasingan dan diberi taklimat berhubung ujian berkenaan oleh pegawai SKMM.


Dua buah bas membawa menteri dan rombongan wartawan dalam Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular

Fahmi dalam sidang akhbar selepas selesai ujian tersebut di Putrajaya berkata sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Putrajaya, ujian panggilan selular tersebut tidak menunjukkan sebarang masalah liputan.


"Tiada panggilan terputus direkodkan dalam perjalanan dari bangunan Parlimen ke Putrajaya.


"Saya ingin tekankan bahawa ujian yang dibuat ialah Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular dan bukannya panggilan menggunakan internet," katanya.


Jelasnya ujian liputan selular ketika waktu puncak turut akan diteliti oleh pihak SKMM.

Fahmi menjelaskan SKMM akan terus memantau isu panggilan terputus sepanjang suku pertama tahun ini dan melaporkan semula kepada beliau.


Beliau menegaskan kerajaan memandang serius isu panggilan terputus yang dibangkitkan pengguna dan mahu perkara berkenaan ditangani segera demi kepentingan rakyat.


Terdahulu katanya SKMM merekodkan penurunan panggilan terputus untuk setiap rangkaian mudah alih 4G antara 10 hingga 74 peratus.


Jelas beliau rekod itu melibatkan kualiti liputan perkhidmatan suara oleh penyedia perkhidmatan mudah alih CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL, Telekom Malaysia.


Justeru itu ujarnya, satu pertemuan antara SKMM dengan telco dan Digital Nasional Berhad (DNB) telah diadakan pada 14 Disember lalu bagi membincangkan masalah panggilan terputus dalam rangkaian mudah alih.


Katanya DNB juga telah mengaktifkan fungsi 'Call Reestablishment' (CRE) untuk saluran LTE700 dalam rangkaian 5G bermula 21 Disember hingga 29 Disember 2023 untuk kesemua tapak 5G di seluruh negara.


Fahmi turut mengumumkan bahawa pihak telco sudah bersetuju agar pengguna tidak akan dikenakan sebarang caj apabila beralih kepada rangkaian 5G.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page