top of page

Uji coba pemilihan fizikal KEADILAN kenalpasti beberapa isu untuk diperbaiki - Dr Zaliha



Pemilihan secara percubaan atau mock election untuk pengundian fizikal Pemilihan KEADILAN 2022 berjaya dilakukan di Dewan PJS 1, Petaling Jaya, semalam.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Dr Zaliha Mustafa, uji cuba pemilihan itu berhasil mengesan beberapa kelemahan sistem yang boleh diperbaikki pada hari mengundi sebenar pada bulan Mei nanti.


"Kita telah selesai mock election pemilihan fizikal. Kita menjemput anggota kita datang ke dewan ini dan kemudiannya kita buat simulasi pemilihan.


"Bermula di depan ada pendaftaran dan verifikasi di mana anggota sebagai pengundi boleh serahkan IC mereka dan kita periksa dalam sistem pendaftaran. Kalau kita dapati dalam daftar mereka mengundi secara online maka kita akan bertindak untuk tidak benarkan masuk mengundi. Mereka perlu tunggu tarikh mengundi atas talian.


"Selepas itu pengundi masuk dan kita sediakan beberapa tablet untuk buat pemilihan. Contoh pemilihan MPP, bila masuk IC terus dapat borang pengundian. Kemudian dia mula memilih secara e voting (dengan tablet)," katanya kepada Suara Keadilan.


Dr Zaliha turut berpuas hati dengan maklum balas anggota dan tidak kurang yang menguji sistem serta memberi cadangan memperbaiki SOP dan sebagainya.


Penggiat seni Datuk Afdlin Shauki tidak ketinggalan mahu menguji sistem pemilihan fizikal

Mengenai cai yang sering digunakan dalam menentukan calon mana yang akan dipilih, Dr Zaliha berkata tiada kempen dibenarkan dalam jarak 200 meter dari pusat pengundian.


"Katalah dia mengundi guna cai. Maka tidak boleh sekitar dewan dan dalam jarak 200 meter berkempen (serah cai) pada hari pengundian.


"Barong panas kalau nak buat pun di luar 200 meter. Kalau kawasan itu (dalam 22 meter) ada Pusat Khidmat DUN kita akan arah tutup.


"Cai hanya boleh di luar kawasan 200 meter," katanya tegas.


Beliau juga tidak menolak untuk menggunakan celupan dakwat kekal sebagimana pilihan raya anjuran Suruhanjaya Pilihan Raya bagi mengelakkan penipuan undi, iaitu pengundi mengundi lebih daripada sekali.


Bagi pengudi atas talian pula, uji cuba pemilihan mungkin akan dilakukan selepas ini pada tarikh yang belum ditentukan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page