top of page

Ugutan terhadap PM: Suara Malaysia bela Palestin dapat perhatian

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 27, 2023
  • 1 min read


Seorang pakar Geostrategi menyifatkan “ugutan” diterima Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kelantangan memperjuangkan isu Palestin membuktikan suara Malaysia didengari negara luar.


Dr Azmi Hassan yang juga Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara berkata, ancaman itu menunjukkan bantahan Malaysia terhadap konflik Palestin-Israel adalah efektif.

"Saya melihat isu ini dari sudut positif, kalau negara kecil seperti Malaysia mendapat perhatian hingga pemimpinnya “diugut” supaya mengendurkan bantahan berbentuk pro Palestin, maknanya apa kita buat itu efektif.


"Kalau banyak negara kecil seperti Malaysia suarakan bantahan itu, ia akan menjadi lebih efektif," katanya dipetik FMT.


Beliau berkata begitu sebagai mengulas pendedahan Anwar bahawa beliau menerima “ugutan” daripada ahli Parlimen Eropah, berhubung kelantangan Malaysia mengkritik kekejaman Israel di Palestin.


Sementara itu, penganalisis dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin mengakui isu itu akan mengundang tekanan diplomasi terhadap Anwar yang berbeza pendirian dengan pemimpin kuasa besar dunia pro Israel.


"Bagaimanapun isu ini tak harus dipolitikkan, Malaysia memang terkenal dengan diplomasi berbentuk awam berkepentingan, negara Islam dan konsisten mengecam elemen penindasan hak kemanusian khususnya rakyat Palestin yang ditindas di Gaza," jelasnya.


Noor Nirwandy sementara itu berkata, Malaysia adalah negara yang mempunyai sistem diplomasi awam terbaik khususnya dalam memperjuangkan Islam dan hak kemanusiaan.


"Malaysia dihormati dan sering jadi rujukan melibatkan isu umat Islam di seluruh dunia," katanya sambil menjelaskan, solidariti terhadap penindasan kemanusiaan memerlukan kerjasama semua pihak.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page