top of page

Ugut Menteri Pendidikan: Polis cekup pemilik akaun X

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 5, 2023
  • 1 min read

ree

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kelmarin telah menahan seorang lelaki pemilik akaun twitter atau dikenali aplikasi X yang membuat ugutan jenayah terhadap Menteri Pendidikan.


Menurut kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, pemilik akaun @syahmisufi8 berumur 26 tahun itu ditahan pada 3 November lalu di Setapak, Kuala Lumpur.


"Permohonan reman di bawah Seksyen 117 kanun Tatacara Jenayah telah dibenarkan selama 3 hari


"Terdapat 4 laporan polis diterima berhubung fakta isu yang sama," kata kenyataan itu.


Menurut kenyataan itu lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan komunikasi dan multimedia menggunakan secara tidak wajar kemudahan rangkaian.


Dalam kenyataan sama PDRM turut mengingatkan agar orang ramai cakna terhadap isu isu sensitif melibatkan keselamatan dan kegentaran awam ketika menggunakan media sosial.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page