top of page

Ucapan Ketua Pembangkang di Parlimen tiada isi?



Ucapan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN - Larut) di Dewan Rakyat hanya sekadar kata kata biasa yang tidak berfakta.


Hal itu ditegur oleh Ahli Parlimen Sim Tze Tzin (PH - Bayan baru) dalam sesi perbahasan sebelah pagi.


Menurut beliau, ucapan Hamzah yang mengambil masa 17 minit itu langsung tidak menyentuh apa apa fakta mengenai belanjawan pihak PN untuk dibandingkan dengan Belanjawan Madani 2023.


"Saya ada jangkaan yang sangat tinggi terhadap Larut, tetapi selama 17 minit saya teliti, Larut bercakap tidak straight to the point.


"(Ucapan Hamzah) tak ada isi, dia sembang kencang. Larut, anda boleh kritik tapi saya mohon supaya bangkitkan belanjawan bayangan.


"Setakat ini pihak pembangkang tak buat kerja. Kalau nak jadi pembangkang konstruktif, bawalah belanjawan bayangan. Saya rasa kecewa sebab pembangkang tak konstruktif," katanya ketika mencelah ucapan Ketua Pembangkang itu.


Hamzah bagaimanapun mempertahankan ucapannya dengan berkata sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh membaca ayat al Quran dan sebagainya dalam ucapan beliau, maka Ahli Parlimen lain pun perlu dibenarkan untuk berfalsafah dalam pendahuluan ucapan.


Bagaimanapun Sim berkata, beliau hanya mahu mendengar fakta bukannya cakap kosong dari Ketua Pembangkang.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page