top of page

Ucap kata-kata kasar: MB Selangor nasihatkan Exco agar lebih sopan



Exco Selangor yang mengeluarkan kata-kata kasar kepada pegawai Jabatan Parit dan Saliran (JPS) dan tular videonya di media sosial dinasihatkan agar lebih bersopan


Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata beliau akan menasihatkan Exco Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Selangor, V Ganabatirau kerana kaedah penyampaian yang tidak sesuai.


"Kaedah, cara dan sebagainya itu harus diperbaiki dan saya akan sampaikan nasihat kepada mereka yang memerlukan atau kepada yang terlibat.


"Isu besarnya ia dirakam di media sosial tetapi kalau berlaku dalam mesyuarat (exco) pun akhirnya itu juga yang dilontarkan," katanya selepas melancarkan program Jelajah Deepavali Keadilan di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa.


Video yang tular itu memperlihatkan Ganabatirau bercakap kasar kepada kakitangan JPS, malah video itu turut didakwa dimuat naik sendiri Exco terbabit.


Bertindakbalas dari insiden itu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dilaporkan terkilan dengan tindakan Exco berkenaan yang disifatkan tidak profesional.


Menurut MB lagi, isu yang utama adalah masalah banjir dan tidak sewajarnya berlaku hal sedemikian, tunding menunding sesama anggota pentadbiran.


"Yang pentingnya kita ke arah penyelesaian masalah banjir bukan untuk menuding jari antara satu sama lain.


"Saya percaya itu bukan hasrat sebenar tetapi niatnya (Exco terbabit) adalah untuk pastikan isu (banjir) ini dapat ditangani sebaik mungkin," katanya.


Tambah MB lagi, isu yang diketengahkan itu sepatutnya diteliti kerana kerajaan negeri telah memberikan peruntukan secukupnya.


"Penduduk bertanyakan kepada mereka (Exco terbabit) berulang kali kenapa hal ini berulang, sedangkan kita (kerajaan negeri) sudah mengambil langkah-langkah seterusnya.


"Jadi, saya percaya ia harus diselesaikan dengan tujuan kita ingin menyelesaikan masalah banjir yang berulang kali di satu-satu tempat atau lokaliti.


"Kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan yang besar namun kenapa hal itu masih berlaku dan kenapa ia berulang serta perlu penjelasan antara satu sama lain dan ini memerlukan senergi berterusan di antara semua pihak," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page