top of page

Ubah sempadan kawasan pilihan raya untuk kaum Melayu manipulasi sistem demokrasi - AMK



Cadangan menteri kabinet Perikatan Nasional dari Pas, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali bahawa kerajaan akan meminda sempadan kawasan pilihan raya untuk kepentingan kaum Melayu sekiranya menperolehi majoriti 2/3 kerusi Parlimen berpotensi menjerumuskan Malaysia ke dalam krisis demokrasi yang parah.


Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Akmal Nasir dan Setiausaha AMK Malaysia, Syukri Razab, percubaan mengubah sempadan pilihan raya berdasarkan sesuatu kaum begitu membimbangkan dan mengancam sistem demokrasi sedia ada yang diamalkan.


"Bibit manipulasi itu ketara dengan kenyataan Menteri Kabinet Dr. Mohd Khairuddin merangkap Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang mencadangkan agar persempadanan kawasan pilihan raya dilaksanakan sekiranya memenangi majoriti 2/3 pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti. Kononnya ini demi memberi keuntungan kepada Melayu-Islam.


"Ini merupakan kenyataan politik yang sama sekali tidak mencerminkan tujuan sebenar persempadanan semula diadakan. Istilah kononnya ini menguntungkan Melayu-Islam hanyalah sekadar dakyah politik untuk mengaburi mata rakyat kerana hakikatnya ia adalah gerrymandering bagi memberikan keuntungan politik kepada Pas dan sekutu mereka," kata mereka dalam satu kenyataan.


Menurut mereka, kali terakhir Dewan Rakyat meluluskan persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 28 Mac 2018 dan mengikut Perkara 113(2)(ii) Perlembagaan Persekutuan.


Manakala, kata mereka, lat tempoh mestilah tidak kurang daripada lapan tahun antara tarikh siapnya satu kajian semula, maka persempadanan semula kawasan pilihan raya hanya boleh diadakan pada tahun 2026.


"Jika diteliti hujah Khairuddin, agak mendukacitakan apabila Pas yang suatu ketika dulu begitu lantang membantah gerrymandering yang jelas mempunyai agenda menguntungkan kerajaan semasa serta bertentangan dengan prinsip keadilan, begitu cepat berubah apabila memperoleh kuasa dan kini mencadangkan perkara sama.


"Sudah pasti ini merobek harapan rakyat untuk melihat suatu sistem demokrasi yang telus dan adil di Malaysia selepas ianya dicabuli melalui pengkhianatan terhadap mandat rakyat sewaktu Langkah Sheraton yang lalu," kata mereka lagi.


Oleh itu, kata mereka AMK Malaysia menggesa sebarang usaha gerrymandering dihentikan dan menyeru Perikatan Nasional terlebih dahulu menyelesaikan isu Undi18 serta menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang membenarkan Parlimen bersidang walaupun dalam waktu darurat.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page