top of page

Ubah persempadanan kawasan pilihanraya tidak ancam orang Melayu



Oleh: Abdullah Zaid


Pemimpin PN menggunakan alasan bahawa Kerajaan Perpaduan tidak boleh diberi kemenangan di Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Pulai dan mengekalkan 2/3 majoriti di Dewan Rakyat untuk kemudian meminda persempadanan kawasan pilihanraya bertujuan memberi kelebihan kepada etnik Cina


Bagi Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir hujah berkenaan yang diungkapkan oleh Pengerusi PN Mahiaddin Yassin tidak lebih daripada tohmahan untuk memburuk burukkan calon Pakatan Harapan.


Katanya, tidak ada persempadanan kawasan pilihanraya untuk memperbanyak kawasan Cina, sebaliknya persempadanan akan sentiasa mengikut keperluan sesuatu kawasan.


"Jika dahulu (Pilihan Raya Negeri) mereka bawa kempen nak ubah kerajaan (referendum) sekarang ini mereka berkempen untuk menafikan kerusi dua pertiga Kerajaan Perpaduan yang kononnya boleh mengancam pengundi Melayu.


"Kita lihat daerah Johor Bahru sendiri, kita ada 5 parlimen hanya saudara Ching Tong (Parlimen Iskandar Puteri) sahaja yang bukan Melayu.


"Jadi tidak timbul masalah ini. Saya percaya orang Johor akan dapat manfaat paling baik dalam hal ini,” katanya ketika berucap pada Ceramah Mega Perpaduan Madani di Tampoi, malam tadi.


Kelmarin, Mahiaddin dalam siri ceramahnya mendakwa kemenangan Perpaduan di Parlimen Pulai perlu disekat agar kelebihan kerajaan untuk memiliki dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat tidak berlaku.


Hal ini katanya, pindaan Perlembagaan boleh dilakukan termasuk persempadanan kawasan pilihanraya di kawasan bandar yang didakwanya didiami majoriti pengundi Cina.


Sementara itu, bagi mengekalkan kemenangan, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN itu turut menyeru pengundi Pulai untuk turun mengundi bagi memastikan kerusi yang pernah disandang oleh ‘Bapa Rahmah’ terbabit kekal di bawah Perpaduan.


"Pulai ini terletak di salah satu daerah Johor Bahru, oleh itu saya seru untuk masyarakat semak semula tempat mengundi.


"Selain itu, saya nak ucapkan penghargaan kepada pengundi Pulai yang dahulunya berjaya mengangkat pemimpin (Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub) yang menyumbang (jasa) besar kepada negara.


"Kini menjadi tanggungjawab kita pula untuk mengangkat saudara Suhaizan menyambung tugas khidmat kepada rakyat," ujar Akmal.

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page