
Kemelut pilitik di Sabah yang berakhir dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) menjerumuskan Malaysia ke arah praktik politik yang amat memalukan.
Sistem politik negara ini seolah-olah pada peringkat awal kemerdekaan dan belum mengenal erti demokrasi yang matang. Pembangkang tidak dibenarkan mempunyai kerajaan negeri. Sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan kerajaan pusat wajib dihapuskan.
Bagi Naib Presiden KEADILAN, Chang Lih Kang, Malaysia seharusnya bergerak ke arah demokrasi yang diiktiraf dunia bukan kekal pada sistem nilai yang tidak bertamadun.
"Adalah amat menyedihkan jika rakyat membuang yang jernih dan ambil yang keruh (mengutamakan kaum dalam politik).
"Sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu senario poilitik negara kita tidak pernah aman. Selalu sahaja ada 'insiden' yang bertujuan mengugat Pakatan Harapan (PH).
"Ini menunjukkan kita masih berada dalam takuk lama, politik zaman purba, kerana nilai politik semasa di mana-mana bahagian dunia parti kerajaan dan parti pembangkang di peringkat Persekutuan mesti bekerjasama untuk membangunkan negara dan mensejahterakan rakyat. Tetapi di Malaysia, PH adalah musuh yang mesti dihapuskan oleh pihak lawan," katanya dipetik.
Justeru itu, Lih Kang berpendapat semua pihak mesti mengamalkan etika politik yang bersih dan beramanah.
Katanya, dalam kempen Pilihan Raya Negeri Sabah kelak parti-parti yang bersaing harus memberi tumpuan kepada isu-isu harian rakyat bukannya isu perkauman semata-mata, sebagaimana yang sering diamalkan dalam kempen Umno/BN sebelum ini.
"Kita perlu merancang halatuju negara. Politik untuk mengurus-tadbir dan membantu rakyat. Politik bukan jalan mencari kekayaan. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia menolak pemimpin-pemimpin politik yang hanya mementingkan diri sendiri. Kalau tidak, negara akan ketinggalan jauh di belakang," katanya yang juga Ahli Parlimen Tanjong Malim.
Politik menjahanamkan negeri-negeri Pembangkang diamalkan secara berleluasa oleh Kerajaan Perikatan Nasional dalam 6 bulan ini. Sejak mereka mula 'menebuk atap' untuk menjadi Kerajaan Persekutuan pada Mac lalu Kerajaan Negeri seperti Johor, Melaka, Perak dan Kedah tumbang melalui pengkhianatan dan pembelian ADUN-ADUN PH.
Comments