Calon calon dalam pemilihan KEADILAN Cabang Shah Alam memecah tradisi apabila dua fraksi berbeza bergabung sebagai calon ketua cabang dan timbalan ketua cabang Shah Alam.
ADUN Kota Anggerik Najwan Halimi bertanding sebagai timbakan ketua cabang bergandingan dengan calon ketua cabang Rodziah Ismail di dalam satu pasukan.
Bagi Najwan, dalam pemilihan kali ini sama ada Rafizi Ramli atau Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail masing mempunyai kelebihan tersendiri dan terserah kepada anggota untuk buat pilihan.
"Pada saya Saifuddin atau Rafizi kedua duanya ada kekuatan. Bila kita tengok debat, keduanya ada kekuatan masing masing. Saya rasa kita perlu lari dari budaya terlalu melabel, dia orang ini, orang itu. Sebab yang di atas tak ada benda, kita di bawah berlebih lebih. Contoh saya dan YB Rodziah, sekarang kami bergabung, orang nak cakap apa?
"Kita kena tolak budaya begini. Kita kena angkat pemimpin itu berdasarkan kebolehan, merit mereka.
"Kelebihan Rafizi mengerakkan Invoke, Saifuddin pun ada jasa menggerak parti. Tidak timbul orang itu, ini. Kita dalam pasukan kena dukung pasukan kita.
"Kita jangan kecilkan skop dan pecah. Kita nak ubah budaya politik pecah perintah dan kita nak parti kita di bawah satu semangat, semangat Parti Keadilan Rakyat," katanya.
Menurut Najwan lagi, suatu ketika dahulu pun beliau pernah dicop sebagai orang Azmin Ali. Namun pada ketika itu beliau mengambil haluan untuk masuk bertanding posisi Ketua AMK pada pemilihan 2018, tidak bergabung dengan calon Ketua AMK fraksi Azmin.
"Walau dalam parti kita sedikit berbeza, Kak Ogy (Rodziah) dalam pasukan Ayuh Malaysia sebagai calon ketua wanita dan ketua cabang, saya pula saya orang nampak budak Azmin. Waktu itu dia timbalan presiden, pemimpin parti. Suka tak suka kita perlu ada sikap
"Tetapi dalam pemilihan AMK saya lawan orang Azmin, Dr Afif. Nasib baik saya masuk dia kalah. Kalau saya tak masuk YB Akmal (Ketua AMK sekarang) tak menang," katanya.
Kepada Rodziah Ismail pula, Najwan menganggap beliau sebagai iron lady dan memiji gaya kepimpinannya dalam Wanita KEADILAN.
"Ada orang cucuk saya, YB jadi ketua cabang saja, lawan. Tetapi saya dibesarkan dalam nilai Melayu, supaya apa yang kita buat biar ada adab dan hormat kepada yang lebih berusia.
"Kepada saya dia (Rodziah) iron lady, dia kuat kerja. Walau dalam parti kita sedikit berbeza, Kak Ogy dalam pasukan Ayuh Malaysia," katanya lagi.
Commentaires